Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Perubahan iklim ancaman semakin mendesak: PM Lee

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Perubahan iklim ancaman semakin mendesak: PM Lee

Jan 12, 2022 | 11:30 PM

PERUBAHAN iklim merupakan ancaman yang semakin mendesak berbanding sebelum ini kata Perdana Menteri Encik Lee Hsien Long.

Beliau berkata warga telah membaca tentang kejadian taufan, kebakaran hutan dan banjir yang memusnahkan masyarakat di seluruh dunia.

“Amaran kini menjadi lebih kuat bagi negara kita, sebuah pulau kecil rendah yang terdedah kepada kenaikan paras laut,” kata Encik Lee menerusi satu kiriman di Facebook.

Enam Anggota Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah mengemukakan usul di Parlimen untuk memajukan peralihan Singapura kepada masyarakat rendah karbon.

Encik Lee menambah seperti semua peralihan, cabaran seperti kenaikan kos sementara dan gangguan tidak dapat dielakkan.

“Tetapi tidak melaksanakan pelan hijau bukanlah satu pilihan. Pemerintah akan bekerjasama dengan sektor swasta, pertubuhan sivil dan masyarakat untuk merealisasikan Pelan Hijau Singapura 2030 kami.

“Sebagai contoh, kami memerlukan cukai karbon yang lebih tinggi, untuk memberi insentif kepada perniagaan supaya menggunakan proses cekap tenaga. Tetapi kami bersedia membelanjakan hasil yang dikumpul dan lebih banyak lagi untuk memberi insentif dan menyokong perjalanan mengurangkan karbon mereka, dan untuk mengurangkan kesan tidak langsung kepada isi rumah.

“Menangani perubahan iklim memerlukan usaha seluruh negara. Kita perlu bertindak sekarang untuk mengelak daripada membayar harga yang jauh lebih tinggi kemudian,” kata Encik Lee.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3