Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perubahan Kabinet: Chuan-Jin dan Lawrence Wong kini menteri penuh

Apr 29, 2014 | 04:30 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong baru sahaja mengumumkan perubahan kali ke-4 pada barisan Kabinet sejak pilihan raya umum 2011, dengan dua pemangku menteri menikmati kenaikan pangkat.


Kedua-dua Encik Tan Chuan-Jin dan Encik Lawrence Wong kini menjadi menteri penuh.


Encik Tan menyandang jawatan Menteri Tenaga Manusia sementara Encik Wong pula selaku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Perhubungan dan Penerangan.


Menurut Encik Lee, kedua-dua mereka telah bertugas dengan baik dan telah menguasai portfolio masing-masing.


Encik Lee berkata:


"Mereka telah bekerja keras di lapangan sehingga meraih penghormatan dan kepercayaan warga Singapura.


Mengumumkan perubahan itu dalam kenyataan akhbarnya, Encik Lee berkata, Singapura telah melalui peralihan penting, dengan peralihan dasar penting dilakukan "memerlukan kepimpinan politik yang baik, kerjasama erat antara kementerian, pelaksanaan dasar yang berkesan, dan sokongan kuat daripada rakyat Singapura".


Beliau menumpukan kepada beberapa bidang - tenaga manusia, sukan, budaya, belia dan kesihatan - yang menjadi tumpuan Pemerintah.


Selain kenaikan pangkat, beberapa pelantikan Kabinet juga diumumkan bagi meningkatkan keupayaan pasukan-pasukan yang memikul tanggungjawab dalam sektor sosial dan kesihatan.


Setiausaha Parlimen Kanan (Budaya, Masyarakat dan Belia) Encik Sam Tan turut menikmati kenaikan pangkat sebagai Menteri Negara.


Beliau menyertai Pejabat Perdana Menteri bagi membantu menyelaraskan dasar-dasar sosial merentasi pelbagai kementerian, terutama sekali dalam pelaksanaannya.


Beliau akan melepaskan jawatannya di Kementerian Ehwal Luar dan sebagai Mayor, Kawasan Central Singapore, bagi memberi tumpuan kepada tanggungjawab yang baru.


Cik Denise Phua dilantik sebagai Mayor Central Singapore yang baru.


Anggota Parlimen bagi kawasan undi Sengkang West, Dr Lam Pin Min telah dilantik sebagai Menteri Negara (Kesihatan), dan menyertai Dr Amy Khor, yang telah dilantik sebagai pengerusi bersama Pasukan Bertindak Generasi Perintis.


Dr Khor akan melepaskan jawatanya sebagai Mayor CDC Southwest selepas penggalnya berakhirnya..


Setiausaha Parlimen (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Low Yen Ling, dilantik sebagai Mayor CDC Southwest yang baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >