Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perubahan ke atas EP demi pertingkat sistem, bukan sekat individu: Shanmugam

Sep 19, 2016 | 09:46 AM



PERUBAHAN sistem presiden dipilih (EP) bertujuan meningkatkan sistem itu demi masa depan jangka panjang Singapura, bukan menyekat individu tertentu daripada bertanding, kata Menteri Undang-Undang K. Shanmugam pada Ahad (18 Sep).



"Titik permulaan dalam melihat ini ialah pada sistem itu. Kita melakukan ini untuk masa depan, bagi manfaat rakyat Singapura, anak-anak dan cucu kita," katanya pada sesi dialog dengan 1,300 pemimpin akar umbi dan penduduk di ITE College Central.



"Anda tidak harus melihat pada individu dan kemudian berusaha ke belakang dari situ," katanya.



Perubahan yang diusul, yang Pemerintah telah terima secara meluas dalam Kertas Putih pada Khamis (15 Sep) lalu, dicadangkan oleh Suruhanjaya Perlembagaan yang berasa kriteria kelayakan EP perlu dipertingkat, sebagaimana dirasakan kebanyakan peserta dialog itu, kata Encik Shanmugam, yang juga Menteri Dalam Negeri.



Peserta Edmund Lim bertanya Encik Shanmugam apakah perubahan itu mungkin dilihat bertujuan menafikan calon seperti Dr Tan Cheng Bock, yang bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2011, peluang bertanding dalam pilihan raya akan datang, yang harus diadakan menjelang Ogos depan.



Sabtu lalu, Dr Tan menulis di Facebook bahawa Encik Shanmugam berkata dalam satu dialog pada Khamis bahawa beliau tidak layak bertanding dengan perubahan itu.



Dr Tan menulis: "Apakah memang ada kebenaran bahawa perubahan itu bertujuan memastikan saya tidak layak? Ia akan menjadi hari menyedihkan bagi rakyat Singapura jika perubahan perlembagaan itu dibuat kerana individu."



Menjawab soalan Encik Lim, Encik Shanmugam berkata Singapura harus "bermula dengan satu set soalan logik mengenai sistem itu, dan kemudian mengguna pakainya dengan adil.



Soalan itu adalah:



- Apakah anda percaya Singapura memerlukan Presiden dengan kuasa khas untuk menolak Pemerintah?



- Jika ya, apakah anda fikir orang ini perlu dipilih dan tidak boleh dilantik oleh Pemerintah?



- Jika ya, apakah anda fikir mesti ada beberapa kriteria selain syarat mesti warg Singapura berumur 45 tahun ke atas, supaya beliau boleh mengatakan ya atau tidak kepada tindakan membelanjakan sejumlah besar daripada rizab?



- Dan jika ya, apakah anda fikir kriteria itu perlu dikaji semula secara tetap?



Encik Shanmugam meminta peserta mengangkat tangan bagi setiap soalan itu dan kebanyakannya mengangkat tangan. "Sebaik sahaja anda melihat ia seperti itu, anda akan melihat bahawa ini tidak ditujukan pada mana-mana individu," katanya.



Pemerintah mengemas kini sistem itu dengan tujuan "mendapatkan peluang terbaik mungkin" mempunyai orang yang tepat untuk tugas itu, bukan untuk membuat pengecualian bagi memastikan individu tertentu layak atau tidak, katanya.



Encik Shanmugam berkata kajian EP dilakukan 25 tahun selepas ia diperkenal.



Dan suruhanjaya itu, yang diketuai Hakim Besar Sundaresh Menon, meneliti lebih 100 hujah bertulis dan menjemput 20 kumpulan dan individu yang mengemukakan hujah itu hadiar di sesi pendengaran awam, yang mendapat liputan meluas oleh media, sebelum menyampaikan cadangannya.



Oleh kerana presiden adalah simbol berbilang kaum di Singapura, terdapat juga satu mekanisme untuk mengkhusus pilihan raya akan datang bagi calon daripada salah satu kaum utama - Cina, Melayu, dan India dan lain-lain - jika tiada seorang pun daripada kaum itu memegang jawatan tersebut selama lima penggal sebelumnya.



Pemahat Elsie Yu tanya apakah Pemerintah akan mengkhususkan pilihan raya bagi wanita. Encik Shanmugam berkata ia mungkin tidak akan memilih jalan itu, "tetapi kita perlu mencuba dan mengubah sikap, terutamanya kaum lelaki kita".



Peserta juga tidak sepakat apakah perlu peruntukan bagi memastikan minoriti diwakili dalam jawatan presiden, sekalipun ada yang berasa tempoh lima penggal terlalu lama.



"Ada banyak pandangan berbeza," ujar Encik Shanmugam, sambil berkata sistem kawasan undi perwakilan kumpulan bagi memastikan terdapat Anggota Parlimen minoriti pada mulanya tidak popular, tetapi kini telah menjadi teras.



"Ini menunjukkan peri penting mempunyainya (peruntukan minoriti), kerana dalam beberapa perkara Pemerintah perlu menerajui.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >