Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COVID-19: PERUBAHAN LANGKAH PENGURUSAN SELAMAT DITANGGUH

Perubahan kepada langkah selamat ditangguh dek lonjakan kes harian

MOH: Tarikh baru pelaksanaan akan diumum tidak lama lagi
Feb 25, 2022 | 06:52 AM



PERUBAHAN kepada langkah pengurusan selamat (SMM) yang sepatutnya dilaksanakan secara berperingkat pada hari ini dan 4 Mac, kekal sama namun penguatkuasaannya ditangguh, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.



Buat masa ini, masih terlalu awal untuk mengesahkan sama ada terdapat langkah lain yang akan ditambah kepada semakan SMM yang telah diumumkan sebelum ini, tambah kementerian itu, menjawab pertanyaan Berita Harian (BH).



Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 telah mengumumkan pada 16 Februari lalu bahawa SMM sedia ada akan diperkemas untuk memudahkan semua orang memahami dan mematuhinya.



Ia antara lain akan membenarkan kumpulan lima orang mengunjungi rumah pada satu-satu masa, perhimpunan sosial hingga lima orang di tempat kerja, pelarasan kepada langkah pengurusan selamat Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS) untuk kanak-kanak yang tidak divaksin berumur 12 tahun dan ke bawah, dan penyambungan semula sukan berpasukan.



Namun, berikutan lonjakan kes harian yang berlaku kini dan "kerja terperinci" yang diperlukan dalam meneliti peraturan berbeza dalam penetapan berbeza, tarikh baru pelaksanaan itu akan diumumkan tidak lama lagi, kata MOH dalam kenyataannya semalam.



Peraturan sedia ada akan kekal buat masa ini, tambahnya.



"Memandangkan langkah memperkemas ini melibatkan pindaan meluas kepada peraturan sedia ada yang terkumpul sejak dua tahun lalu, kami telah mengumumkan bahawa perubahan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat, pada 25 Februari dan 4 Mac 2022," kata MOH dalam kenyataannya semalam.



"Memandangkan lonjakan dalam kes harian kini, dan kerja meluas dalam meneliti peraturan terperinci merentas penetapan berbeza, MTF telah menyemak perkara itu dan telah memutuskan untuk menyatukan dan menyelaraskan SMM sekali gus."



Keputusan tersebut diambil sedang Singapura menghadapi lonjakan kes jangkitan Omicron, dengan lebih 20,000 jangkitan harian sejak beberapa hari lalu.



Semasa sidang MTF pada 16 Februari lalu, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata SMM di Singapura akan diringkaskan dalam lima langkah - jumlah orang yang boleh berkumpul; pemakaian pelitup muka; peraturan di tempat kerja; jarak selamat dan had kapasiti bagi acara yang dianjurkan.



Kata Encik Ong, tumpuan terhadap lima langkah ini akan memudahkan proses melonggarkan beberapa sekatan lain, ia juga bermakna tidak akan ada lagi peraturan preskriptif untuk pelbagai situasi sosial.



Beberapa contoh termasuk tempat barbeku awam boleh dibuka selagi orang mematuhi had pada saiz kumpulan, manakala tetamu di majlis perkahwinan tidak perlu dipisahkan mengikut zon jika mereka mematuhi peraturan dan tidak bergaul dengan meja lain.



Selain itu, perhimpunan sekolah tidak lagi perlu dihadkan kepada 30 minit, manakala sukan berpasukan boleh disambung semula selagi pemain mematuhi peraturan mengenai pelitup dan saiz kumpulan.




SEKILAS PERUBAHAN



LANGKAH PENGURUSAN SELAMAT AKAN DIPERMUDAH MELIPUTI LIMA BIDANG:



 • Saiz kumpulan



 • Pemakaian pelitup



 • Peraturan di tempat kerja



 • Penjarakan selamat



 • Had kapasiti



ANTARA CONTOH:



[ ] Membenarkan kumpulan lima orang mengunjungi rumah pada satu-satu masa



[ ] Perhimpunan sosial hingga lima orang di tempat kerja



[ ] Pelarasan kepada langkah pengurusan selamat Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS) untuk kanak-kanak yang tidak divaksin berumur 12 tahun dan ke bawah



[ ] Penyambungan semula sukan berpasukan



[ ] Hapuskan amalan menyekat tempat duduk berselang-seli di bangku taman atau tempat buang air kecil di tandas, selagi pengguna memakai pelitup



[ ] Tempat barbeku awam boleh dibuka selagi orang mematuhi had pada saiz kumpulan



[ ] Tetamu di majlis perkahwinan tidak perlu dipisahkan mengikut zon jika mereka mematuhi peraturan dan tidak bergaul dengan meja lain




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >