Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perubahan MediShield Hayat demi pastikan ia relevan, dimampui

Aug 17, 2022 | 05:30 AM



PERUBAHAN yang akan dilaksanakan terhadap pelan insurans kesihatan asas MediShield Hayat bulan depan hasil semakan Majlis MediShield Hayat, bertujuan memastikan skim itu kekal relevan dan dimampui bagi memenuhi keperluan warga Singapura.



Salah satu perubahan utama yang bakal ialah bagi rawatan dan ubat-ubatan barah, menurut salah seorang anggota Majlis MediShield Hayat, Cik Kohe Hasan, kepada Berita Harian (BH).



Beliau merupakan antara 11 anggota majlis itu yang dilantik Kementerian Kesihatan (MOH) bagi memberikan nasihat mengenai pentadbiran skim itu dalam bidang-bidang itu seperti faedah pelan itu serta sokongan premium tambahan bagi golongan memerlukan.



Majlis itu dipengerusikan oleh Cik Fang Ai Lian, bekas pengerusi Ernst & Young, dan dianggotai karyawan daripada latar belakang berbeza daripada perubatan, insurans, perakaunan dan undang-undang.



Pada 2020, Majlis MediShield Hayat telah melaksanakan semakan bagi pelan itu dan menyarankan beberapa perubahan yang sudah pun diterima oleh pemerintah.



Bil ubat dan rawatan barah luar hospital bagi lebih banyak pesakit warga Singapura akan ditanggung sepenuhnya menggunakan subsidi dan MediShield Hayat, selepas pemerintah menerima saranan menjadikan rawatan barah lebih dimampui di sini.



Bagi tujuan ini, pemerintah juga akan menambah subsidi bagi lebih banyak rawatan barah dan memperluas subsidi Dana Bantuan Rawatan Perubatan (MAF) kepada lebih ramai pesakit luar warga Singapura dengan menaikkan had gaji dalam syarat kelayakan bagi dana tersebut.



Perubahan ini akan dilaksana pada bulan depan.



Sebelum ini, MOH menyatakan bil rawatan barah bagi hampir 90 peratus warga Singapura yang menerima subsidi dan menjalani rawatan pesakit luar yang diluluskan akan ditampung sepenuhnya menggunakan subsidi dan MediShield Hayat. Bayaran bersama, atau co-payment boleh dilunaskan menggunakan MediSave.



"Perbelanjaan bagi ubat-ubatan barah telah meningkat sebanyak 20 peratus setahun berbanding 6 peratus bagi ubat-ubatan lain,'' kata Cik Kohe, seorang peguam dan juga rakan kongsi Reed Smith LLP di Singapura.



Pertumbuhan tuntutan insurans bagi ubat-ubatan barah juga meningkat lebih dua kali ganda dari keseluruhan tuntutan.



Ia didorong oleh bertambahnya bilangan pesakit yang menghidapi penyakit barah, rawatan barah lebih tinggi dan harga ubat-ubatan lebih tinggi.



Oleh itu, Majlis itu, dengan sokongan beberapa pakar barah, menyarankan perubahan kepada had perlindungan ubat-ubatan barah yang bertujuan mengalihkan penjagaan kepada ubat-ubatan yang berkesan dari segi klinikal dan kos.



"Kami ingin memastikan skim (MediShield Hayat) dapat dikekalkan dan relevan kepada keperluan rakyat Singapura,'' tambah Cik Kohe.



BH akan memulakan satu siri laporan baru mengenai MediShield Hayat yang akan mula disiarkan setiap Rabu dan Ahad, bermula hari ini.



Laporan lanjut:



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >