Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perubahan minda lebih meluas perlu dorong kemajuan wanita SG

Masagos: S'pura perlu lebih gigih pupuk nilai kesamaan, saling menghormati antara kaum Adam, Hawa
Mar 08, 2021 | 05:30 AM



WANITA Singapura telah mencapai kemajuan yang baik, namun perlu satu perubahan dasar corak pemikiran untuk mendorong kemajuan mereka yang lebih meluas dalam masyarakat.



Dalam wawancara dengan Berita Harian menjelang sambutan Hari Wanita Antarabangsa hari ini dan Tahun Raikan Wanita yang diisytihar pemerintah bagi 2021, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata sebagai sebuah masyarakat, Singapura perlu lebih gigih memupuk nilai kesamaan dan saling menghormati antara lelaki dengan wanita.



Malah, tekan beliau, perubahan minda itu harus berlaku dalam setiap aspek kehidupan iaitu di rumah, di sekolah, di tempat kerja dan dalam kehidupan bermasyarakat.



"Ia melampaui dasar dan undang-undang serta apa yang dilakukan pemerintah," tegasnya.



"Perubahan minda ini adalah proses jangka panjang dan ia perlu dimulakan dengan anak-anak, belia kita menerusi pendidikan. Ia memerlukan usaha semua orang, termasuk kaum lelaki, dalam keluarga kita dan dalam masyarakat," tambah beliau.



Encik Masagos berkata sedang asas undang-undang dan dasar sedia ada kekal mantap dalam menyokong kemajuan wanita, pemerintah mahu memahami aspirasi dan kemahuan wanita setempat serta mencari cara lain untuk terus menyokong wanita untuk menyumbang dengan lebih luas lagi kepada negara, masyarakat dan keluarga selain mencapai kemajuan bagi memenuhi matlamat peribadi mereka.



Sehubungan itu, warga Singapura telah mula berkongsi pandangan mengenai isu-isu yang menjadi keprihatinan wanita menerusi Perbincangan mengenai Pembangunan Wanita Singapura yang dilancar September tahun lalu.



Menurut Encik Masagos, yang juga Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, pemerintah sedang menimbangkan semua maklum balas yang timbul daripada perbincangan tersebut dan akan cuba mengenal pasti dan mencapai kesepakatan untuk menghasilkan dan melaksanakan huraiannya secara bersama dengan warga Singapura.



Maklum balas dan saranan daripada perbincangan itu juga akan dimuatkan dalam Kertas Putih yang bakal dibentangkan di Parlimen lewat tahun ini.



Encik Masagos menerangkan, salah satu isu yang ditimbulkan dalam perbincangan itu adalah peranan tradisional wanita dan lelaki yang terus berakar dalam masyarakat hari ini.



Antaranya masyarakat menjangka wanita memikul tanggungjawab menjaga anak-anak dan mengorbankan kerjaya mereka.



Meskipun akur lelaki kini sudah lebih terlibat dalam penjagaan anak-anak, jangkaan sosial barangkali terus menjadi hambatan bagi mencapai kesaksamaan yang lebih seimbang antara lelaki dan wanita.



"Begitu juga di tempat kerja, sedang lebih ramai wanita memegang kedudukan kanan dalam pemerintah, syarikat korporat dan masyarakat, masih wujud tanggapan bahawa ada siling kaca bagi kaum Hawa kita," ujarnya.




PERUBAHAN MINDA DALAM SETIAP ASPEK KEHIDUPAN



"Ia melampaui dasar dan undang-undang, dan apa yang dilakukan pemerintah.



Perubahan minda ini adalah proses jangka panjang dan ia perlu dimulakan dengan anak-anak, belia kita menerusi pendidikan. Ia memerlukan usaha semua orang, termasuk kaum lelaki, dalam keluarga kita dan dalam masyarakat."
- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >