Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perubahan pada MTS bagi capai lebih banyak kelulusan bermutu

Jan 22, 2021 | 05:30 AM



MURID darjah empat hingga enam Skim Tuisyen Mendaki (MTS) kini boleh mengambil tiga mata pelajaran - Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains - berbanding hanya dua sebelum ini.



MTS juga akan melaksana pendekatan Pengumpulan Berdasarkan Subjek (SBB) bagi pelajar sekolah menengah, selaras usaha Kementerian Pendidikan (MOE) di sekolah.



Selain itu, pelajar akan melalui pembelajaran campuran, iaitu belajar dalam bilik darjah dan secara maya menerusi wadah ClassDo.



Mengumumkan perubahan bagi MTS tahun ini, naib pengerusi Yayasan Mendaki, Encik Zaqy Mohamad, berkata berikutan satu semakan, Sains kini lebih dipentingkan dengan menjadikannya mata pelajaran wajib bagi pelajar darjah empat ke atas.



"Kami sekarang akan merangkumkan Sains, selain Bahasa Inggeris dan Matematik, bagi pelajar darjah empat ke atas agar (pembelajaran mereka) lebih holistik.



"Kami juga mahu mencapai lebih banyak kelulusan bermutu bagi pelajar Melayu dengan meningkatkan pencapaian mereka dalam sains.



"Sains antara kayu ukur penting dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) juga, jadi, tidak seperti dahulu apabila kita melihat pada jumlah kelulusan... sekarang kita mahu anak-anak kita capai kelulusan bermutu juga," ujar Encik Zaqy.



Berita Harian difahamkan semua kelas MTS kekal satu setengah jam setiap sesi, namun bagi memastikan waktu pembelajaran mencukupi bagi semua subjek, Bahasa Inggeris dan Sains diajar pada minggu yang berselang-seli.



MTS akan juga akan menyediakan bahan pembelajaran tambahan dalam talian bagi dua mata pelajaran itu.



Encik Zaqy turut mendedahkan bahawa sebuah perintis sedang dijalankan untuk memperkenal Sains lebih awal, iaitu bagi darjah satu hingga tiga.



Murid darjah rendah terlibat akan diberi pilihan mengambil Bahasa Inggeris dan Sains bagi MTS.



Encik Zaqy, yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), melawat Sekolah Menengah Unity di Chua Chu Kang malam kelmarin bagi meninjau kelas MTS dan berinteraksi dengan pelajar dan gurunya.



Beliau juga berkata menyusuli maklum balas positif guru dan ibu bapa, MTS akan terus memanfaatkan sistem pembelajaran campuran.



"Disebabkan Covid-19, kita melakukan model hibrid iaitu kita ada kelas MTS secara fizikal dan juga e-pembelajaran.



"MTS tidak terlalu terjejas oleh pemutus rantaian jangkitan tahun lalu kerana kami memang sudah sentiasa berusaha memanfaatkan platform pembelajaran maya," katanya.



MTS juga telah memperluas usahanya membimbing pelajar dengan mengadakan program bimbingan bagi pelajar menengah tiga dan empat.



Program pementoran itu bertujuan memberi sokongan dan motivasi kepada pelajar, dan peluang bagi mereka mendapat nasihat daripada karyawan dan penuntut universiti Melayu.



Semasa ditemui akhbar ini, seorang mentor, Cik Nadiah Zamree, 23 tahun, berkata beliau mahu membantu pelajar sekolah menengah di luar pembelajaran mereka.



"Antaranya, kami mengajar mereka mempunyai kemahiran fikiran kritikal, kemahiran berkomunikasi dan meningkatkan keyakinan mereka.



"Oleh kerana kami lebih dekat dengan para pelajar ini dari segi umur berbanding guru mereka, mungkin lebih mudah bagi mereka mendekati kami.



"Peranan kami ialah menjadi contoh baik bagi mereka, suri teladan yang boleh mereka contohi dan dekati untuk mendapatkan bantuan," ujar pelajar tahun akhir jurusan pengurusan projek dan kemudahan Universiti Nasional Singapura (NUS) itu.




"Sains antara kayu ukur penting dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) juga, jadi, tidak seperti dahulu apabila kita melihat pada jumlah kelulusan... sekarang kita mahu anak-anak kita capai kelulusan bermutu juga."
- Encik Zaqy Mohamad, naib pengerusi Mendaki, tentang langkah MTS menjadikan Sains mata pelajaran wajib bagi pelajar darjah empat ke atas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >