Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perubahan portfolio beberapa pemegang jawatan politik

Jun 07, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semalam mengumumkan pelantikan beberapa pemegang jawatan politik ke portfolio baru mulai Isnin depan.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Encik Lee mengumumkan bahawa Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Kesihatan), Dr Koh Poh Koon, akan dilantik sebagai Menteri Negara Kanan di Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE).



Beliau akan mengekalkan jawatannya di Kementerian Tenaga Manusia tetapi akan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Negara Kanan di Kementerian Kesihatan.



Sementara itu, Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Cik Sun Xueling, akan dilantik sebagai Menteri Negara di Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).



Beliau akan mengekalkan jawatannya di Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga tetapi akan melepaskan jawatannya di Kementerian Pendidikan.



Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat, akan dilantik menjadi Menteri Negara Kanan di Kementerian Kewangan.



Beliau akan meneruskan jawatannya di Kementerian Pengangkutan (MOT).



Encik Chee, yang juga Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), akan melepaskan jawatan tersebut dan kembali ke pemerintah sepenuh masa.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Desmond Tan akan menggantikan tempat Encik Chee dalam gerakan buruh, selain turut akan dilantik sebagai Menteri Negara di Pejabat Perdana Menteri.



Beliau akan melepaskan jawatannya di MHA dan MSE, "untuk menumpukan perhatian kepada kerja gerakan buruhnya", kata Encik Lee dalam satu kiriman Facebook semalam.



Setiausaha Parlimen Kanan (Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng pula akan dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kanan di MSE.



Beliau akan meneruskan jawatannya di MOT.



Dalam kiriman Facebooknya, Encik Lee berkata beliau memindahkan beberapa pemegang jawatan politik ke kementerian lain untuk memberi mereka tanggungjawab dan portfolio baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >