Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perubahan seragamkan bayaran masuk Sentosa bagi kereta dan teksi

Nov 12, 2018 | 05:25 PM



KERETA dan teksi yang memasuki Sentosa akan dikenakan bayaran yang sama pada hari biasa dan juga hujung minggu, mulai hari ini (12 November). 



Kenderaan tersebut akan dikenakan $2 semasa waktu makan tengah hari (dari 12 tengah hari hingga 2 petang) dan dari 5 petang hingga 7 pagi hari berikutnya. Pada waktu lain, bayarannya ialah $6 - sama ada pada hari biasa mahupun hujung minggu atau cuti umum. 



Langkah tersebut bertujuan meringkaskan bayaran masuk bagi kereta dan teksi, menurut Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) dalam satu kenyataan hari ini. 



Bayaran yang dikenakan bagi kereta swasta yang memasuki pulau tersebut pada hari biasa kurang berbanding sebelumnya, iaitu $7 dari 7 pagi hingga 12 tengah hari dan $3 selepas 5 petang. 



Bagaiamanapun, bayaran yang dikenakan bagi teksi pada waktu-waktu tertentu pada hari biasa dinaikkan. 



Sebelum ini, teksi hanya dikenakan bayaran $5 dari 7 pagi hingga 12 tengah hari, dan dari 2 hingga 5 petang. Kini bayaran tersebut dinaikkan kepada $6 bagi waktu-waktu tersebut. 



Perubahan-perubahan tersebut akan dikuatkuasakan bagi tempoh dua tahun, menurut SDC. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >