Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perubahan tingkat pentadbiran pilihan raya disaran

Sep 10, 2018 | 02:37 PM



CALON pilihan raya akan mempunyai pilihan membayar deposit pilihan raya menggunakan sistem pemindahan dana elektronik, selain wang tunai, draf bank atau cek sekarang ini.



Ini merupakan antara perubahan yang disarankan di bawah satu rang undang-undang untuk meningkatkan proses pentadbiran pilihan raya Parlimen.



Rang Undang-Undang Pilihan Raya Parlimen (Pindaan) itu dibentangkan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing, di Parlimen hari ini (10 September).



Di bawah perubahan yang disarankan, calon juga akan membayar deposit pilihan raya dengan formula yang dipermudahkan, berdasarkan elaun bulanan tetap Anggota Parlimen (AP).



Calon akan membayar deposit lebih rendah sebanyak $13,500 di bawah formula baru, berbanding $14,500 bagi Pilihan Raya Umum 2015.



Menyusuli perubahan yang dibuat ke Perlembagaan pada 2016, rang undang-undang ini juga akan menaikkan bilangan minimum AP pembangkang di Parlimen kepada 12, berbanding sembilan sekarang ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >