Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perumahan awam perlu kekal inklusif untuk capai nilai kolektif : Indranee

Aug 06, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH perlu memikirkan dengan 'lebih mendalam' untuk memastikan estet perumahan kekal inklusif dan rencam, bukan sahaja dari aspek kaum, bahkan status sosioekonomi, kata Menteri Kedua Kewangan merangkap Pembangunan Negara, Cik Indranee Rajah.



"Dengan pembangunan ekonomi, kami melihat dorongan kuat ekonomi dan sosial yang membuat orang ramai berkumpul dalam estet tertentu berdasarkan status sosioekonomi.



"Justeru kami perlu memikirkan dengan lebih mendalam tentang cara memastikan perumahan awam kekal inklusif dan boleh diakses semua," ujar Cik Indranee.



Beliau berkata demikian di acara Kongres Tahunan Huttons yang dihadiri ejen perumahan semalam.



Usaha memastikan perumahan kekal inklusif akan menjadi lebih penting apabila perumahan awam di lokasi utama dilancarkan, kata Cik Indranee lagi.



Pemerintah sedang membina perumahan awam di kawasan pusat bandar dan Kawasan Persisiran Selatan (GSW).



"Kami sedang memikirkan cara memastikan estet ini kekal inklusif selama bertahun-tahun, agar warga Singapura daripada pelbagai latar belakang boleh mampu hidup, bekerja dan beriadah bersama bahkan di lokasi utama.



"Ini akan memerlukan model baru perumahan awam di lokasi utama untuk memastikan flat itu kekal dimampui bukan sahaja bagi pembeli pertama, bahkan untuk pembeli jualan semula kemudian juga," ujar Cik Indranee.



Dalam ucapannya, beliau turut mengulas tentang Dasar Integrasi Etnik (EIP), yang meletakkan had bagi bilangan flat dalam setiap blok dan kejiranan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang didiami keluarga bagi setiap kumpulan kaum.



Katanya, EIP kekal menjadi wadah penting untuk mencapai nilai kolektif, di mana warga Singapura daripada pelbagai latar belakang boleh bersepadu dan berinteraksi dengan satu sama lain dalam kehidupan seharian.



"Kejadian perkauman baru-baru ini menunjukkan kita belum lagi mencapai tahap di mana kita boleh katakan kita sudah "pascaperkauman" atau "neutral kaum".



"Oleh itu, penting untuk meneruskan usaha mempromosi pemahaman, toleransi dan integrasi berbilang kaum, sambil menyedari bahawa terdapat kecenderungan semula jadi bagi pelbagai kaum untuk berkumpul," kata Cik Indranee.



Hari ini, hampir satu dalam tiga blok HDB telah mencapai satu atau lebih batasan EIP. Ini boleh dilihat dalam semua kumpulan kaum, dalam estet matang dengan warga Singapura lebih matang, dan estet lebih baru dengan penduduk lebih muda.



"Ini memberitahu kami penyepaduan masih perlu diusahakan meskipun kita telah melakukan yang baik sejauh ini," katanya.



Pemerintah juga sedar terdapat sekumpulan kecil kes melibatkan pemilik flat yang menghadapi kesukaran menjual flat mereka apabila batasan EIP sudah dicapai.



Untuk membantu pemilik seperti ini, HDB melaksanakan sikap fleksibel atas dasar kes demi kes untuk memberi lebih masa kepada pemilik untuk menjual flat mereka, atau bahkan mengetepikan batasan EIP itu dalam situasi luar biasa.



Cik Indranee menggalakkan ejen perumahan untuk menasihatkan klien mereka yang menghadapi kesukaran ini untuk mendapatkan bantuan daripada HDB.



Pemerintah juga sedang mengkaji situasi untuk melihat apa lagi yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesan dasar itu terhadap golongan pemilik flat ini.



"Kita perlu terus teguh dalam komitmen kita untuk memastikan estet kita kekal inklusif dan rencam, agar estet HDB boleh kekal mewakili masyarakat lebih luas," ujar Cik Indranee.



Mengulas tentang pasaran hartanah yang rancak, beliau menekankan pendirian pemerintah bahawa kenaikan harga hartanah harus berdaya tahan dan tidak bertentangan dengan asas ekonomi.



"Pentingnya warga Singapura tidak harus memberi lebih daripada yang dimampui pendapatan mereka, dan harus kekal cermat dalam pembelian hartanah mereka.



"Keperluan bagi disiplin kewangan penting lebih-lebih sekarang, memandangkan keadaan ekonomi tidak menentu," ujarnya.




"Kejadian perkauman baru-baru ini menunjukkan kita belum lagi mencapai tahap di mana kita boleh katakan kita sudah "pascaperkauman" atau "neutral kaum".

Oleh itu, penting untuk meneruskan usaha mempromosi pemahaman, toleransi dan integrasi berbilang kaum, sambil menyedari bahawa terdapat kecenderungan semula jadi bagi pelbagai kaum untuk berkumpul."

- Menteri Kedua Kewangan merangkap Pembangunan Negara, Cik Indranee Rajah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >