Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peruncit S'pura masih ada bekalan kit ujian Covid-19 yang cukup

Dec 30, 2021 | 05:30 AM



KEKURANGAN kit ujian Covid-19 telah dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) dan England di tengah-tengah lonjakan kes Omicron, tetapi peruncit di Singapura masih mempunyai bekalan yang baik.



Terdapat juga permintaan yang rendah untuk ujian pantas antigen (ART) daripada peruncit di Singapura.



Dalam sesetengah keadaan, peruncit di sini nampaknya cuba menjual stok, menawarkan diskaun demi diskaun untuk menarik pelanggan.



Presiden AS Joe Biden berkata baru-baru ini ketersediaan ujian di AS tidak dapat memenuhi permintaan, lapor agensi berita.



Dilaporkan juga, ekoran permintaan naik di AS, beberapa farmasi di sana telah menaikkan harga kit ujian kendiri.



Di England, akhbar The Guardian melaporkan bahawa farmasi telah kehabisan alat ujian menjelang perayaan Tahun Baru kerana ramai orang mencari ujian kendiri supaya mereka boleh mengambil bahagian dengan selamat dalam perayaan akhir tahun.



Bagaimanapun, tinjauan akhbar The Straits Times (ST) mendapati rak farmasi dan peruncit di sini dipenuhi dengan kit ART.



Kakitangan jualan yang bercakap dengan ST dengan syarat namanya tidak disiarkan berkata permintaan telah tidak berubah.



Seorang juruwang di sebuah farmasi di bahagian barat Singapura berkata penjualan kekal rendah biarpun ada tawaran diskaun.



"Sebenarnya harga telah diturunkan dua kali.



"Kami masih mempunyai stok yang agak banyak, dan permintaan tidak meningkat," katanya.



Seorang lagi juruwang di sebuah peruncit di sebuah pusat beli-belah di bahagian barat memberitahu ST, pada mulanya terdapat permintaan tinggi untuk kit ART beberapa bulan lalu, tetapi kini kedai itu mempunyai stok yang mencukupi walaupun harga telah diturunkan.



Beliau menambah bahawa mereka yang membeli kit kelihatan seperti orang asing.



"Ada pekerja asing yang membeli kira-kira lima kit setiap seorang, dan berkata mereka akan menghantarnya pulang ke Filipina kerana kit itu lebih mahal di sana," katanya.



Menjawab pertanyaan ST, jurucakap Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) berkata pemerintah bekerjasama rapat dengan peruncit, pengilang dan pengedar untuk memastikan bekalan yang boleh dipercayai dan stok kit ART yang sihat untuk kegunaan runcit di sini.



Jurucakap Watsons berkata permintaan untuk kit itu kekal stabil.



"Kami telah memperoleh bekalan stok yang stabil untuk memenuhi permintaan pengguna dan kami berusaha untuk mengekalkan harga yang kompetitif untuk kit ART," katanya.



Sementara jurucakap FairPrice berkata, terdapat peningkatan permintaan untuk kit dalam beberapa bulan kebelakangan ini, tetapi rangkaian pasar raya bersedia memenuhinya.



"Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan pembekal kami untuk memastikan bekalan mencukupi dan jangkauan yang lebih luas bagi memenuhi pelbagai keperluan masyarakat," tambahnya.



"Pengenalan kit ART baru berharga di bawah $5 awal bulan ini adalah salah satu cara kami menyediakan lebih banyak pilihan untuk pelanggan dengan mencari jenama baru untuk melengkapkan rangkaian sedia ada kami."



Situasi masa kini nampaknya jauh berbeza daripada September, apabila dilaporkan bahawa beberapa peruncit di sini telah kehabisan kit ART di tengah-tengah peningkatan kes Covid-19.



Pengedar, bagaimanapun, berkata tiada sebab tergesa-gesa membeli kit kerana terdapat stok yang mencukupi di dalam negara.



Sehingga November, terdapat 11 jenama kit ujian kendiri yang dibenarkan untuk digunakan di sini oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA).



Kit ini telah disediakan secara meluas melalui peruncit dan farmasi.



Pemerintah juga telah mengedarkan 10 kit ART kepada setiap isi rumah sejak Oktober demi menyokong ujian kendiri di rumah.



Selain itu, terdapat lebih daripada 120 mesin layan diri di seluruh pulau yang dipenuhi dengan kit ART.



Mesin ini adalah untuk warga Singapura dan penduduk jangka panjang yang telah diberitahu oleh Kementerian Kesihatan melalui SMS bahawa mereka mesti menguji sendiri menggunakan kit ART.



Setiap orang yang menerima SMS boleh mengambil enam kit ART daripada mesin dengan mengimbas kad pengenalan mereka.



Orang ramai juga diingatkan bahawa mengimport kit tersebut melalui pos bungkusan masih tidak dibenarkan.



Perbuatan menjual semula kit secara borong juga tidak dibenarkan, dan memerlukan lesen dan kebenaran daripada HSA.



Mereka yang didapati melanggar ini boleh dipenjara sehingga dua tahun dan denda sehingga $50,000 jika sabit kesalahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >