Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perunding editorial menang Hadiah Terjemahan Mastera

Sep 28, 2019 | 02:30 PM



MAJLIS Bahasa Melayu Singapura (MBMS) menganjurkan Hadiah Terjemahan Mastera buat julung-julung kalinya tahun ini.



Peraduan penterjemahan merupakan inisiatif Mastera Singapura dalam usaha untuk mengetengahkan dan mengiktiraf karya-karya terjemahan, serta menggalakkan kegiatan penterjemahan sastera Melayu/Indonesia ke Bahasa Inggeris.



Pemenang bagi peraduan ini telah diumumkan awal pagi tadi di The Pod, Bangunan Perpustakaan Negara (NLB).



Acara penyampaian hadiah itu dihadiri Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dan Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), dan pengerusi MBMS, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Pemenang Singapura, Cik Nur-el Huda Jaffar, 49 tahun, berkata bahawa lebih kurang satu setengah bulan untuk terjemahkan lima karya sajak ke dalam Bahasa Inggeris untuk peraduan Mastera ini.



“Saya biasanya lakukan selepas kerja. Bukan senang, harus padankan dengan istilah dan perkataan yang sesuai. Dan juga harus kekalkan gaya dan rentak sajak apabila sudah diterjemahkan,” katanya yang bertugas sebagai perunding editorial dan penterjemah bebas.



Antara pemenang lain adalah Encik Ahmad Nazri Abdullah dari Malaysia, Encik Abdul Baaqi Haji Abdul Hisab dari Brunei Darussalam dan Encik Kahar Dwi Prihantono dari Indonesia.



Setiap pemenang menerima $3,000, sijil dan sebuah piala.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >