Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perunding IT bebas tipu 62 orang dalam pelaburan bernilai $500,000

Aug 20, 2019 | 01:55 PM



SEORANG lelaki berusia 31 tahun telah mengaku bersalah terhadap tuduhan menipu dalam sebuah skim pelaburan bernilai $500,000, menurut laporan dari The New Paper.



Alvin Ker Jia Jun, 31, telah menimbulkan beberapa skim penipuan pelaburan untuk membiayai ketagihan perjudiannya.



Dia telah berjaya meyakinkan para pelabur bahawa dia boleh menggandakan modal yang dilaburkan dalam skim cepat kaya dalam tempoh tiga bulan, atau setahun.



Dia juga mendakwa bahawa wang itu akan dilaburkan di institusi pendidikan, peluang yang berkaitan dengan skim SkillsFuture.



Dia menambah bahawa dia juga mempunyai pelaburan kasino.



Sebaliknya, Ker telah berjudi dengan menggunakan wang yang dilaburkan kepadanya di kasino-kasino tempatan dan luar negara, sambil menggunakan kemenangannya untuk mewujudkan kesan bahawa skim pelaburannya itu berjaya menghasilkan wang.



Secara keseluruhan, 62 mangsa, termasuk rakan-rakannya telah ditipu lebih daripada $ 500,000 pada tahun 2017 dan tahun lepas.



Semalam (19 Ogos), perunding IT bebas itu telah mengaku bersalah terhadap 40 tuduhan menipu.


Terdapat juga 94 tuduhan menipu, dan satu tuduhan lagi berkaitan dengan pengeluaran wang sejumlah $15,000 dalam manfaat jenayah dari Singapura yang telah dipertimbangkan.



Dengan mengulas kadar pulangan yang menarik, Ker telah mencari para pelabur dengan menggunakan akaun Facebook peribadinya dan meminta rakan-rakannya untuk berkongsi kirimannya di rangkaian media sosial mereka.



Setelah meyakinkan pada mereka yang menghubunginya bahawa pelaburan itu adalah sah, mangsa-mangsannya akan memindahkan jumlah wang sebanyak $200 hingga $40,000 kepadanya.



Untuk mewujudkan keyakinan dan memberi motivasi pada lebih ramai orang untuk melabur dengannya, Ker akan memindahkan wang yang dimenang dari kasino ke beberapa akaun bank mangsanya dan berkongsi screenshot pemindahan ini di halaman Facebooknya.



Dia ditangkap pada 5 Mac tahun lepas selepas pulang dari cuti perjudiannya di Vietnam dan setakat ini, jumlah wang yang telah ditemui oleh mangsa Ker hanya melebihi $100,000.



Ker, yang diwakili peguam Steven Lam, ditahan reman, dan kesnya ditangguhkan sehingga 15 Oktober untuk penangguhan dan hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >