Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perunding runcit Singtel jual maklumat pelanggan, dijel 4 bulan

Jan 27, 2021 | 05:30 AM



SEORANG perunding runcit yang menjual maklumat pelanggan Singtel dan menggunakan wang itu untuk melunaskan hutang minum keras telah dihukum penjara 18 minggu.



Kelvin Foo Cheek Ann, 32 tahun, mengaku bersalah di atas satu tuduhan rasuah dan lima tuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Keselamatan Siber (CMCA).



Lagi 10 tuduhan serupa dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan semalam.



Foo telah menjual maklumat itu pada harga $180 kepada Lee Cheng Yan, 37 tahun, seorang pemandu Maserati yang kemudiannya dipenjara dalam satu lagi kes, kerana menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang pegawai polis.



Foo bekerja sebagai perunding runcit di cawangan Singtel di Parkway Parade, menjual rancangan jalur lebar dan mudah alih kepada pelanggan.



Dia diambil bekerja oleh Telecom Equipment yang merupakan anak syarikat Singtel.



Pada tahun 2015, Lee, seorang kenalannya, meminta pertolongannya untuk mendapatkan maklumat pelanggan daripada sistem Singtel.



Lee menawarkan Foo $20 untuk setiap nombor.



Foo menggunakan hak aksesnya ke sistem itu sebanyak 15 kali hingga Julai 2017, untuk memberikan maklumat mengenai pelanggan Singtel kepada Lee.



Ini termasuk sekurang-kurangnya lima pelanggan yang kemudian melaporkan kejadian gangguan seperti panggilan, pesanan teks dan orang yang muncul di rumah mereka menuntut wang dikembalikan.



Lee membayar Foo sejumlah $180.



Oleh kerana Foo berhutang dengan Lee bagi sesi minum mereka, jumlah itu dipotong daripada hutang tersebut.



Lee tahun lalu dipenjara empat tahun dan tujuh bulan dan tidak dibenarkan memandu seumur hidup kerana mengheret seorang pegawai polis trafik dengan kereta Maserati miliknya sejauh lebih 100 meter di sepanjang Bedok Reservoir Road pada 2017.



Sebelum dia didapati bersalah, dia mendakwa keretanya dipandu pada hari itu oleh lelaki lain, yang hanya dikenali sebagai Kelvin.



Lee kini menghadapi 59 lagi tuduhan, termasuk 25 di bawah CMCA.



Bagi setiap tuduhan di bawah CMCA, Foo boleh dipenjara hingga dua tahun, atau didenda hingga $5,000, atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >