KEMENTERIAN Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) sedang menjalankan perundingan awam melalui Internet mengenai rancangan meminda Piagam Wanita.
Ia ingin mendapatkan maklum balas mengenai empat pindaan yang diusul - sebuah program keibubapaan wajib bagi ibu bapa yang sedang bercerai; sara bagi lelaki tidak berupaya akibat kecacatan fizikal dan mental; perlindungan lebih besar bagi mereka yang terjejas oleh keganasan keluarga serta kakitangan rumah kebajikan dan tempat perlindungan, dan menjadikan tidak sah perkahwinan muslihat, sebagaimana ia ditakrif di bawah Akta Imigresen.
MSF juga mahu meluaskan Program Persediaan Perkahwinan wajib kepada semua perkahwinan di mana sekurang-kurangnya salah satu pihak di bawah umur 21 tahun.
Perundingan awam ini diadakan di portal e-perundingan pemerintah, REACH, sehingga 8 November.
Alamat laman webnya ialah: www.reach.gov.sg