Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perusahaan sosial jalani kerja ubah suai, tingkat kemahiran golongan kurang daya intelek

Oct 20, 2022 | 06:32 AM



DEMI meningkatkan kemahiran golongan kurang daya intelek (PWID) dalam menghasilkan kuih seperti biskut dan kek, perusahaan sosial, Minds Bakers, telah memperbaiki dapur mereka untuk melatih lebih ramai yang berminat.



Ia dilancarkan semalam oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Eric Chua, di Pusat Pembangunan Pekerjaan Persatuan Terencat Akal Singapura (MINDS)-SIA (SMEDC), setelah Minds Bakers menjalani pengubahsuaian tahun lepas.



Minds Bakers adalah salah satu program perusahaan sosial yang direka untuk memanfaatkan keupayaan pelatih. Ia bermula sebagai program terapi untuk memupuk tingkah laku kerja yang positif dalam kumpulan dewasa benefisiari.



Kini, Minds Bakers yang dipertingkatkan itu boleh menampung 50 pelatih berbanding 22 pelatih sebelum ini.



Beberapa penambahan dibuat di dapur dengan peralatan gred komersial dan ruang yang diperluaskan untuk penyimpanan peralatan, tempat mencuci dan pembungkusan.



Ia direka khas untuk menjalankan latihan dan bengkel untuk menghasilkan kuih baru.



Dengan peningkatan ini, pelatih dapat mengasah dan meluaskan kemahiran mereka sambil mengekalkan pengeluaran kuih.



"Kami ingin membekalkan produk Minds Bakers kepada hotel, kafe dan restoran dan juga bekerjasama dengan mereka untuk mengambil pelatih kami demi memenuhi keperluan tenaga kerja mereka," kongsi Encik Kelvin Koh, Ketua Pegawai Eksekutif MINDS.



Kini, MINDS bersedia bekerjasama dengan rakan kongsi supaya golongan PWID boleh diambil bekerja, sambil mewujudkan komuniti yang lebih inklusif.



Sebagai pegawai latihan MINDS selama 24 tahun, Encik Mohd Rohaizat Amat membentuk program untuk menyokong pembelajaran dan pembangunan kemahiran mereka



"Bagi setiap satu pegawai latihan kami akan menjaga lapan hingga sembilan pelatih.



Saya dapat melihat perkembangan positif mereka, yang kini mempunyai keyakinan yang lebih tinggi dan berdikari apabila menjalankan tugas," dedah beliau.



Dengan peranan penting yang dimainkan Encik Rohaizat, beliau perlu memahami keperluan setiap pelatih yang berbeza.



Bagi pelatih Minds Bakers, Cik Lee Hwee Ling Crystal, pula, beliau seronok menghasilkan adunan biskut sambil membungkusnya untuk dijual di kedai dalam talian.



"Dengan sokongan dari kawan dan pegawai latihan, saya berharap saya dapat menjadi pembuat kuih (baker) satu hari nanti," kongsi beliau, yang sudah bersama Minds Bakers selama 10 tahun.



Sebelum menyertai program tersebut, pelatih perlu menjalani tempoh percubaan selama tiga bulan untuk memastikan program itu sesuai dengan keperluan mereka.



"Kami dalam perbincangan dengan kafe dan hotel untuk menjual produk kami.



"Buat masa ini biskut yang dijual sangat digemari ramai dan kami berharap untuk dapat menguruskan pesanan secara berterusan," kata Encik Bryan Lim, Pengarah Kediaman & Perkhidmatan Berasaskan Pusat MINDS.



Pada masa ini, Minds Bakers beroperasi dalam dua Pusat Pembangunan Pekerjaan MINDS, iaitu SIA-MINDS Pusat Pembangunan Pekerjaan (SMEDC) Pusat Pembangunan Pekerjaan Woodlands (WEDC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >