Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Perwakilan minoriti antara isu utama di sesi awam Suruhanjaya Perlembagaan

Apr 18, 2016 | 02:57 PM

SERAMAI tiga penyumbang yang telah mengemukakan pembentangan bertulis kepada Suruhanjaya Perlembagaan yang ditugaskan meneliti sistem Presiden Dipilih telah tampil memberi pandangan mereka secara lisan.

Mereka ialah pensyarah undang-undang Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Profesor Madya Eugene Tan; pengkaji hak asasi manusia, Encik Brian Chang ; dan pegawai guaman, Encik Edwin Yeo.

Antara isu yang hangat dibincangkan termasuk isu peruntukan bagi kaum minoriti untuk berpeluang bertanding sebagai calon Pilihan Raya Presiden.

Seramai 20 penyumbang telah diundang memberi pandangan mereka semasa empat sesi yang dibuka kepada orang awam di Mahkamah Agung mulai hari ini.

Sesi lain berlangsung pada 22 dan 26 April serta 6 Mei.

Namun, salah seorang penyumbang - Parti Pekerja (WP) - telah menolak undangan itu kerana ingin membahaskan hal tersebut di Parlimen.

Bagi bahagian dua sesi itu hari ini, antara penyumbang yang dijadual memberi pandangan mereka secara lisan ialah Dr Mathew Mathews, Encik Loke Hoe Yeong dan Persatuan Wanita bagi Kajian dan Tindakan (Aware).

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3