Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesakit 69 tahun, tiga kru ambulans cedera dalam kemalangan di New Bridge Road

Sep 08, 2018 | 06:15 PM



Seorang pesakit 69 tahun dan tiga kru ambulans dikejarkan ke hospital pada Jumaat (7 Sept) petang selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta dan ambulans.



Gambar-gambar yang diterbitkan di laman web kewartawanan warga Stomp menunjukkan bumper depan ambulans rosak. Sebuah kereta ternaik di bahagian depan ambulans.



Menjawab pertanyaan, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata kemalangan itu berlaku sekitar 7 malam pada Jumaat di New Bridge Road.



Ambulans itu sedang menghantar seorang pesakit ke Hospital Besar Singapura (SGH) dengan lampu berkedip dihidupkan.



SCDF menyatakan bahawa pesakit dan kru ambulans SCDF merangkumi pemandu, paramedik dan teknisyen perubatan kecemasan telah dikejarkan ke SGH dengan tiga ambulans SCDF lain.



Pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan enggan dibawa ke hospital, tambahnya.



Menjawab pertanyaan, Polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada 6.55 malam dan mengatakan bahawa empat orang, berusia antara 23 dan 69 tahun, dibawa ke hospital dalam keadaan sedar.



The Straits Times memahami bahawa pesakit itu berusia 69 tahun.



Polis masih menyiasat.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >