SEKITAR RAMADAN
Pesakit barah capai hasrat tunai umrah atas usaha Persatuan Ain
Skim Di Hujung Pelangi penuhi harapan terakhir klien persatuan yang hidap barah tahap empat
Jun 21, 2016 | 05:30 AM
WALAUPUN menghidap penyakit barah tulang (Erwing sarcoma) dan mengalami masalah pendarahan sehinggakan sukar baginya mendengar, kesemua itu tidak menghalang Encik Ariffin Abdul Nasir menunaikan hajatnya melaksanakan umrah baru-baru ini.
Beliau menghidap penyakit tersebut sejak sekitar enam tahun lalu.