KEADAAN kesihatan mereka mungkin tidak sempurna, namun ia tidak menghambat niat pasangan Cik Kamsiah Othman dan Encik Sulaiman Abdul Rahman menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Cik Kamsiah, 63 tahun, didiagnos menghidap barah rahim sekitar dua tahun lalu, manakala suaminya pula, Encik Sulaiman, 70 tahun, menghidap barah limfoma.