Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesakit demensia perlu disokong agar rasa selamat, terjamin

Oct 20, 2018 | 04:33 PM



SEKITAR dua tahun lalu, selepas menjalani pembedahan memotong ibu jari kaki kanannya akibat kencing manis, keluarga Encik Mustapha Mohd Ismail mula perasan beberapa perubahan pada diri beliau.



Encik Mustapha, 69 tahun, antara lain mula lupa waktu solat, kerap ke tandas kerana tidak ingat adakah beliau sudah mandi atau tidak, pakai baju terbalik, sering menangis dan menjadi lebih pendiam.



Bimbang akan keadaannya, isteri beliau, Cik Sabariyah Musa, 65 tahun, meminta bantuan doktor dan suaminya itu dirujuk kepada seorang pakar untuk menjalani beberapa ujian.



“Selepas jalani ujian seperti imbasan MRI, doktor memberi diagnosis dia ada demensia,” kata Cik Sabariyah.



Cik Sabariyah kemudian mendaftarkan Encik Mustapha memasuki Pusat Jagaan Siang Demensia kendalian badan perkhidmatan sosial Awwa di Yishun pada Julai lalu dengan harapan dapat membantu suaminya itu.



Pusat itu dibuka secara rasmi dalam satu majlis hari ini yang dihadiri tetamu terhormat, Presiden Halimah Yacob.



Terletak di Blok 740 Yishun Ave 5, pusat itu boleh menerima sehingga 120 klien dan menyediakan khidmat jagaan siang bagi individu yang mengalami demensia peringkat sederhana hingga lanjut.



Laporan lanjut boleh didapatkan di akhbar esok atau beritaharian.sg. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >