Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesakit ibarat nadi pakar jantung

Jul 16, 2021 | 05:30 AM



MELIHAT sekeliling bilik di dalam klinik baru satu-satunya pakar jantung Melayu, Profesor Madya Dr Abdul Razakjr Omar, anda akan dapat melihat beberapa perhiasan dan peralatan yang dipamerkannya.



Namun kebanyakannya bukan milik beliau. Sebaliknya ia merupakan hadiah daripada pesakit yang pernah dirawatnya sebagai tanda terima kasih.



"Bingkai gambar yang menunjukkan perkataan "Masya Allah" ini merupakan hadiah yang diberikan seorang warga Myanmar yang beragama Islam. Saya sudah merawatinya selama lapan tahun.



"Dan pingat berlari maraton ini pula diberikan kepada saya oleh seorang pesakit Cina yang berjaya menurunkan berat badan dan kini aktif mengambil bahagian dalam maraton. Beliau mahu saya menyimpannya untuk memberi inspirasi kepada pesakit lain bahawa jika beliau boleh melakukannya, orang lain juga mampu melakukannya.



"Replika baju perang miniatur Nabi Muhammad saw ini pula merupakan hadiah daripada seorang pesakit beragama Katolik," kongsinya.



Ternyata hubungan baik, rapat dan ikhlas yang beliau jalinkan bersama pesakit membuat mereka begitu sayang dan terhutang budi kepada Dr Razakjr.



Oleh kerana ingin terus berkhidmat dan membantu seberapa ramai pesakit yang boleh, Dr Razakjr, 51 tahun, yang sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Perubatan di Hospital Raffles, telah meninggalkan hospital itu dan menubuhkan sebuah klinik pakar bersama dua doktor pakar lain.



Klinik yang diberi nama Specialist Care Group terletak di tingkat 11, Pusat Perubatan, Mount Elizabeth.



Ia memberi rawatan menyeluruh daripada doktor pakar berkaitan penyakit seperti masalah jantung, kencing manis dan endokrin, lebih-lebih lagi apabila penyakit itu mempunyai kaitan antara satu sama lain.



Selain Dr Razakjr, dua lagi pakar yang turut bersamanya ialah pakar endokrinologi, Dr Stanley Liew Choon Fong; dan pakar jantung, Dr Teo Swee Guan.



Dr Liew yang juga dari Hospital Raffles sebelum ini, pernah memegang jawatan kepimpinan hospital itu selaku Pengarah Perubatannya.



Dr Teo yang pernah memegang jawatan selaku Konsultan Kanan dan Pengarah Perubatan Unit Jagaan Koronari di Pusat Jantung Universiti Nasional, juga merupakan Konsultan Pakar Kardiologi di Pusat Jantung Raffles dan anggota jawatankuasa jagaan kritikal di Hospital Raffles.



Dengan visi mengutamakan kesihatan pesakit terlebih dahulu dengan bantuan pasukan profesional pakar kesihatan yang menawarkan penjagaan terbaik, klinik itu diharap dapat menjadi model baru bagi kumpulan jagaan kesihatan swasta.



Menurut Dr Razakjr, yang juga penerima Anugerah Jauhari Berita Harian, adalah penting untuk terus mengutamakan pesakit agar mereka rasa diri mereka terjaga, keperluan kesihatan mereka dipenuhi dan mereka dapat rasakan ada seseorang yang prihatin terhadap kesihatan mereka.



"Sebagai doktor, kita mengangkat sumpah untuk menjaga pesakit. Meski kita rasa tertekan atau apa jua perasaan yang kita alami, apabila kita berdepan dengan pesakit, kepentingan perlu diutamakan terlebih dahulu," katanya.



Beliau turut memberi contoh bagaimana seorang lelaki berusia 24 tahun yang mempunyai berat badan 150 kilogram, datang mendapatkan khidmatnya.



"Apa yang boleh saya jangkakan? Kemungkinan isu sakit jantung, tekanan darah tinggi, dan kencing manis.



"Beliau mungkin tidak akan mengalaminya sekarang tetapi bagaimana boleh kita sebagai doktor pakar campur tangan? Jawapannya ialah pendekatan holistik," katanya.



Oleh itu, dengan adanya sekumpulan doktor pakar yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan, segala keperluan pesakit akan dapat ditangani dan juga mencegah penyakit lain yang mungkin akan menimpa.



Ditanya apa yang mendorong beliau untuk terus memberikan yang terbaik sebagai seorang doktor, dengan rendah hati beliau menjawab:



"Sebenarnya kepandaian, keupayaan dan kepakaran yang saya miliki hari ini, semuanya datang daripada Allah swt. Saya hanya melihat diri saya sebagai alat untuk merawat mereka yang sakit agar dapat kembali pulih.



"Saya sudah ditakdirkan untuk membantu seberapa ramai pesakit yang boleh, seperti semut, ia mempunyai tugas dan peranannya tersendiri.



"Sekiranya, saya meninggalkan dunia ini esok, saya tahu saya sudah melaksanakan tanggungjawab dan amanah saya dengan sebaik mungkin."




"Sebenarnya kepandaian, keupayaan dan kepakaran yang saya miliki hari ini, semuanya datang daripada Allah swt. Saya hanya melihat diri saya sebagai alat untuk merawat mereka yang sakit agar dapat kembali pulih.

Saya sudah ditakdirkan untuk membantu seberapa ramai pesakit yang boleh, seperti semut, ia mempunyai tugas dan peranannya tersendiri.

Sekiranya, saya meninggalkan dunia ini esok, saya tahu saya sudah melaksanakan tanggungjawab dan amanah saya dengan sebaik mungkin."

- Pakar jantung, Profesor Madya Dr Abdul Razakjr Omar, yang kini bersama Specialist Care Group di tingkat 11, Pusat Perubatan, Mount Elizabeth.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >