Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:33
Maghrib
7:16
Isyak
8:28
Setempat

Pesakit pulih dipindah ke Hospital Mt Elizabeth, lebih banyak katil hospital awam bagi pesakit tenat

Mar 23, 2020 | 09:40 PM

SERAMAI 29 pesakit yang sedang pulih daripada koronavirus Covid-19 telah dipindahkan dari Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit ke satu wad di Hospital Mount Elizabeth di Orchard Road pada Isnin (23 Mac).

Mereka merupakan pesakit yang sudah semakin pulih atau memerlukan rawatan yang berkurangan. Mereka juga akan dibenarkan keluar dari hospital setelah mereka disahkan tidak lagi menghidapi koronavirus dan tidak lagi berisiko menyebar virus tersebut.

Seorang yang terlihat pesakit tersebut tiba di hospital privet itu berkata bahawa mereka kelihatan sihat dan memasuki hospital itu dengan membawa sendiri beg atau bagasi masing-masing, lapor The Straits Times (ST).

Kata naib presiden kanan operasi hospital Parkway Singapura, Dr Noel Yeo, Hospital Mount Elizabeth merupakan hospital pertama antara empat hospital Parkway yang akan menerima pesakit Covid-19 dari hospital awam dan tiga lagi hospital yang dimiliki syarikat itu telah menerima makluman kerana bakal penerima pesakit lain pada masa yang akan datang.
 

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian