Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesakit sudah vaksin penuh boleh keluar hospital lebih awal

Aug 07, 2021 | 05:30 AM



PESAKIT Covid-19 yang sudah menerima dua suntikan penuh vaksin kini boleh keluar dari hospital lebih awal, iaitu pada hari ke-10 dalam pengasingan.



Ini jika ujian Covid-19 mereka negatif, atau mempunyai kurang jumlah virus atau beban virus (viral load) dalam badan, kata Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) semalam.



Ini antara semakan protokol pengurusan perubatan Kementerian Kesihatan (MOH) bagi pesakit Covid-19 dalam Singapura beralih ke arah pendekatan berdaya tahan terhadap Covid-19.



"Dengan bukti yang semakin menunjukkan bahawa individu divaksin boleh pulih dalam 10 hari dari permulaan penyakit, kami telah mengambil langkah untuk mengeluarkan (dari hospital) individu yang sudah divaksin penuh lebih awal pada hari ke-10 pengasingan, jika ujian PCR mereka menunjukkan mereka negatif Covid-19 atau mempunyai beban virus yang rendah.



"Individu lain yang tidak memenuhi kriteria ini akan terus dikeluarkan selepas 14 hari pengasingan tanpa uijan lanjut, dengan tambahan tujuh hari cuti ketidakhadiran," kata MTF dalam kenyataannya semalam.



Pendekatan ini memberi jaminan bahawa kes tersebut tidak akan memberi risiko jangkitan kepada keluarga dan masyarakat setelah dikeluarkan dari hospital.



MTF juga berkata pemeriksaan suhu badan akan ditiadakan di tempat awam bermula 19 Ogos nanti, sedang lebih ramai penduduk sudah divaksin, dan Singapura mempunyai keupayaan untuk mengenal pasti jangkitan lebih awal menerusi pantauan, termasuk ujian sendiri menggunakan kit ujian pantas antigen (ART) dan pemeriksaan rutin.



"Dengan langkah kesihatan awam yang lain, kami akan meniadakan keperluan bagi pemeriksaan suhu badan di tempat awam, bersama langkah kelonggaran lain yang dirancang bermula 19 Ogos," kata MTF.



Bagaimanapun, pasukan bertindak itu terus menggalak orang ramai untuk melaksanakan sikap bertanggungjawab jika sakit termasuk mendapatkan rawatan, menggunakan pelitup dan mengelakkan tempat sesak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >