Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesakit yang punyai gejala pernafasan akut perlu patuhi sekatan Covid-19: MOH

Mar 16, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) memberi amaran kepada mereka yang mempunyai gejala pernafasan akut untuk mematuhi sekatan Covid-19 setelah lima orang didakwa di mahkamah atas tuduhan melakukan kesalahan berkaitan koronavirus.



Daripada lima orang itu, dua didakwa di mahkamah semalam kerana mengunjungi kawasan awam walaupun telah menerima sijil perubatan (MC), sehingga "mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan Covid-19".



Antara mereka, Nick Foo Suan Rong, dipercayai pergi ke pusat membeli belah Ion Orchard, Orchard Central, stesen MRT Bugis dan stesen Admiralty pada 16 September tahun lalu.



Pada hari yang sama, warga Singapura berusia 20 tahun itu didiagnosis menghidap jangkitan pernafasan akut di poliklinik dan telah menerima MC tiga hari yang mengharuskannya tinggal di rumah.



Pada keesokan harinya, Foo dikatakan mengunjungi kawasan Woodlands dan Somerset.



Dia akan didakwa dengan satu tuduhan atas mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan oleh tingkah lakunya di tempat awam di bawah Akta Penyakit Berjangkit, dan satu tuduhan meninggalkan tempat penginapannya sepanjang tempoh MC di bawah undang-undang Penyakit Berjangkit (Covid- 19 - Perintah Jangan Keluar).



Seorang lagi individu, Ang Siu Yen, pula dikatakan telah meninggalkan rumahnya tahun lalu pada 24 dan 25 Oktober dan mengunjungi pasar raya di pusat beli belah Junction Nine, Bugis Junction dan kawasan Yew Tee.



MC Ang, yang diberikan pada 24 Oktober, menyatakan bahawa dia mempunyai gejala pernafasan akut dan dikehendaki oleh undang-undang untuk tinggal di rumah selama empat hari, kata MOH.



Penduduk tetap (PR) berusia 22 tahun itu akan didakwa dengan dua tuduhan kerana meninggalkan penginapannya sepanjang tempoh MC di bawah undang-undang Penyakit Berjangkit (Covid- 19 - Perintah duduk di rumah).



Mereka yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Penyakit Berjangkit, atau Peraturan Perintah Tinggal boleh didenda sebanyak $10,000 dan dipenjarakan hingga enam bulan.



"Kami menggesa individu untuk mematuhi langkah-langkah yang tertentu, dan tinggal di rumah selama MC diberikan untuk episod penyakit, untuk mencegah orang yang kita sayangi dan orang lain dalam masyarakat berisiko dijangkiti," tambah MOH.



Terdapat 12 lagi kes baru kes koronavirus dilaporkan di Singapura sehingga 12 tengah hari semalam, menjadikan kes koronavirus di sini sebanyak 60,117.



Semua kes yang dilaporkan itu telah dikenakan Notis Jangan Keluar rumah (SHN) setibanya mereka di sini, kata MOH.



Tiada kes yang dikenal pasti dari masyarakat dan dormitori pekerja asing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >