Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesalah beberapa kes jenayah kecil mungkin dilepaskan bersyarat: Hakim Besar

Mar 04, 2016 | 02:55 PM



SEBAHAGIAN besar daripada kesalahan agak kecil seperti kecurian, menyebabkan kecederaan dan ugutan jenayah yang dibawa ke mahkamah didorong oleh alkohol atau ketagihan lain.

Dan pesalah itu sering berkali-kali didapati bersalah dan malah dipenjara.

Bagi menangani isu ini, Mahkamah Masyarakat akan mengambil pendekatan hukuman baru, umum Hakim Besasr Sundaresh Menon pada Jumaat (4 Mac).

Beliau berkata: "Daripada menjatuhkan hukuman dengan segera, arahan akan dibuat agar pesalah itu menjalani rawatan, menerima kaunseling, mengambil ubat, dan/atau secara sukarela menjalani program kediaman atau berstruktur yang ditawarkan pertubuhan kebajikan sukarela untuk menggalak mereka benar-benar menangani dan menyelesaikan isu asas."

Mahkamah akan memantau pematuhan seseorang pesalah pada arahan itu hingga enam bulan, dan kemudian membuat keputusan mengenai hukuman yang harus dikenakan.

Pelepasan bersyarat, yang memerlukan pesalah itu kekal bebas jenayah selama setahun, boleh menjadi salah satu daripada keputusannya.

Dalam kes sesuai, pesalah juga mungkin tertakluk pada pemantauan selepas hukuman oleh Mahkamah Akauntabiliti Kemajuan, yang ditubuhkan pada 2014, kata Hakim Besar Menon, yang bercakap dalam Pelan Kerja Mahkamah Negara 2016.

Walaupun tiada tarikh ditetapkan bagi pelaksanaan protokol prahukuman baru itu, beliau berkata Persatuan Jagaan Susul Singapura (Saca) telah bersetuju bekerjasama dengan Mahkamah Negeri mengenai perkara ini.

Ia akan membantu mahkamah dengan menyediakan, antara lain, perkhidmatan kaunseling, pendamping dan sokongan prososial, pemantauan pematuhan pesalah pada arahan mahkamah, seperti perintah berkurung, dan berhubung dengan majikan pesalah dan keluarga.

Pertubuhan sukarela lain juga mungkin dilibatkan oleh Mahkamah Negara.

Saca, sebuah pertubuhan kebajikan sukarela kerabat Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan, bertujuan memperkasa bekas pesalah dan memudahkan integrasi semula mereka ke dalam masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >