Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesalah bentan mengaku terlibat dalam pencurian $365,000

Apr 07, 2021 | 10:25 PM



SEORANG pesalah bentan yang telah menjalani hukuman penjara beberapa kali untuk kesalahan terdahulu, termasuk menyerang, tidak belajar daripada kesilapannya dan sebaliknya turut serta dalam pencurian yang melibatkan wang tunai $365,000 pada 8 April 2018.



Mohd Abdul Rahman Mohamad, yang kini berusia 39 tahun, ditangkap dua hari kemudian dan telah dibebaskan dengan jaminan apabila dia pecah masuk ke dalam sebuah rumah untuk melakukan pencurian pada 26 Jun tahun itu. 



Warga Singapura itu dikesan dan diberkas semula keesokan harinya.



Abdul Rahman, yang kini ditahan reman, mengaku bersalah di mahkamah daerah pada Rabu (7 April) atas satu tuduhan merompak dan dua tuduhan pecah masuk rumah.



Sebanyak 20 tuduhan lain untuk pelbagai kesalahan, termasuk mencuri dan mengganggu, akan dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.



Abdul Rahman adalah orang terakhir yang dikaitkan dengan rompakan pada April 2018 itu yang disabitkan di mahkamah, lapor The Straits Times. 



Dua yang lain - Syed Mokhtar Syed Yusope, 39 tahun, dan Jaromel Gee Ming Li, 30 tahun, - masing-masing dijatuhi hukuman penjara dan sebat September lalu.



Mahkamah diberitahu yang Abdul Rahman telah menggunakan sebahagian daripada wang yang dicuri itu untuk membeli barang-barang seperti beberapa barang kemas.



Wang tunai yang selebihnya tidak dijumpai, dan tidak ada pembayaran balik dibuat kepada mangsa.


Pada Rabu, Hakim Daerah Ronald Gwee meminta laporan untuk menilai kesesuaian Abdul Rahman bagi latihan pemulihan  dan penahanan pencegahan.


Kedua-dua latihan pemulihan  dan penahanan pencegahan adalah untuk pesalah berulang.


Kedua-duanya tidak menawarkan pembebasan awal untuk tingkah laku yang baik.


Latihan pemulihan  biasanya dikenakan apabila mahkamah mendapati pesalah memerlukan masa latihan yang banyak untuk pemulihan dan pencegahan jenayah.


Tempoh maksimum untuk latihan pemulihan  adalah 14 tahun.



Dalam penahanan pencegahan, pesalah berulang berusia lebih daripada 30 tahun menerima hukuman penjara yang besar untuk melindungi orang awam. 



Perintah penahanan boleh dikenakan hingga 20 tahun.



Abdul Rahman akan dijatuhkan hukuman pada 28 April.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >