Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesalah berulang dipenjara 20 bulan kerana cabul dua wanita

Nov 20, 2015 | 02:52 PM



SEORANG pesalah berulang yang mencabul dua wanita di sebuah blok di Henderson Crescent dihukum penjara 20 bulan pada Jumaat (20 Nov).


Muhammad Surya Mohd Hatta, 23 tahun, mengaku bersalah menyambar punggung seorang wanita berusia 29 tahun di koridor berhampiran lobi lif pada 7.39 malam pada 20 Oktober dan meraba seorang lagi wanita, juga 29 tahun, di tingkat bawah seminit kemudian.


Mahkamah diberitahu bahawa dia mengikuti wanita pertama dari Stesen MRT Redhill ke lobi lif blok.


Kedua-duanya masuk ke dalam lif dan keluar di tingkat tiga.


Surya datang dari belakang dan menggunakan tangannya untuk menyambar punggung wanita tersebut lalu melarikan diri.


Dia melihat wanita kedua menunggu lif lalu memasukkan tangannya di bawah pakaian beliau dan menyentuhnya.


Surya mempunyai rekod kesalahan serupa pada 2012 dan 2014. Kalia terakhir dia dipenjara 12 bulan kerana mencabul.


Hakim Daerah Hamidah Ibrahim memberitahu Surya bahawa dia tidak sepatutnya melakukan sebarang kesalahan, apatah lagi kesalahan itu.


"Melihat apa yang awak lakukan, akan menghadapi hukuman pemulihan pada masa depan," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >