Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesalah berulang dipenjara selepas lontar kata kesat kepada polis dan pemandu bas dalam keadaan mabuk

Dec 27, 2021 | 05:12 PM



SEORANG lelaki yang didenda $1,000 lewat tahun lalu selepas menimbulkan gangguan buat orang lain ketika mabuk didapati melakukan kesilapan berulang beberapa bulan selepas itu.



Dalam peristiwa berasingan, dia menggunakan bahasa kesat untuk mendera secara lisan seorang pegawai polis dan pemandu bas ketika mabuk.



Moorthy Nagappan, kini 65 tahun, pada Isnin (27 Disember) dihukum penjara lima minggu selepas mengaku bersalah di atas tiga tuduhan mengganggu orang awam dan satu tuduhan menimbulkan rasa bingit buat orang sekeliling ketika mabuk di tempat awam.



Pekerja pembersihan Singapura itu mabuk ketika menaiki bas nombor 147 berhampiran Pasar Tekka di Little India sekitar 7 malam pada 28 Mac tahun ini. Dia tidak menggunakan pelitup dengan betul.



Apabila pemandu bas itu mengingatkannya agar menggunaknnya dengan betul, Moorthy tidak senang hati dan mula melontar kata-kata kesat kepada pemandu berusia 33 tahun itu.



Pegawai Pendakwa Negara (SPO) Raj Kishore Rai berkata polis diberitahu tentang peristiwa itu 15 minit selepas itu.



Dokumen mahkamah tidak mendedahkan apa yang berlaku selepas itu tetapi Moorthy ditemui mabuk berhampiran Pasar Tekka dua bulan selepas itu pada 29 Mei.



Polis kemudian diberitahu tentang perkara itu sekitar 1 petang selepas dia dilihat terpekik-pekik dan melontar kata kesat kepada mereka yang lalu lalang di situ.



Sarjan Jayson Chong Jun Kit, 25 tahun, dan rakan-rakan sekerjanya tiba di tempat kejadian dengan Moorthy dinasihati agar meninggalkan premis itu.



SPO memberitahu mahkamah: "Sarjan Chong dan rakan sekerjanya kemudian mengiringi yang tertuduh bagi memastikan dia meninggalkan premis itu.



"Sedang yang tertuduh berada di tempat meletak kereta sepanjang Serangoon Road di depan Pasar Tekka, dia terus menimbulkan gangguan di situ dengan meninggikan suaranya kepada pegawai polis sekelilingnya. Dia kemudian menjadi mudah terusik dan mula menyumpah seorang pegawai polis."



Moorthy kemudian diberkas, mahkamah diberitahu.



Ketika duduk di tempat duduk belakang kenderaan polis menuju ke arah Kompleks Polis Cantonment, dia mula mendera Sarjan Chong dengan kata-kata kesat dan mengancam untuk membunuh pegawai itu.



Moorthy kemudian melalui pemeriksaan perubatan beberapa jam selepas itu bagi memastikan dia sihat untuk ditahan di Divisyen Polis Central apabila dia mula membuat isyarat tangan yang lucah kepada seorang lagi pegawai polis, Konstabel Khas Chezven Cheah Sin Shen, 20 tahun.



Bagi setiap kesalahan mengganggu, seorang pesalah boleh dipenjara hingga setahun dan didenda hingga $5,000.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >