Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesalah degil 27 tahun yang cuba lari daripada polis dipenjara lagi

Jan 04, 2022 | 06:29 PM



SEORANG lelaki yang dibebaskan dari penjara pada 2019 kembali melakukan jenayah tidak lama kemudian dan enggan mematuhi perintah polis pada tahun berikutnya.



Ryan Asyraf Mohammad A'zman berada di dalam kereta di Blok 331 Bukit Batok Street 33 pada 28 Disember 2020 apabila tiga pegawai polis menyuruhnya keluar daripada kenderaannya itu.



Ryan enggan mematuhi perintah tersebut lalu mengundurkan kenderaannya lalu menarik ketiga-tiga pegawai itu.



Salah satu roda kereta tersebut menggeser jari kaki salah seorang pegawai tersebut dan ketiga-tiga pegawai cedera apabila mereka jatuh ke jalan.



Ryan kemudian memecut melarikan diri.



Polis berjaya menjejaknya dengan bantuan kamera keselamatan dan para pegawai menangkapnya beberapa jam kemudian.



Pada Selasa (4 Jan), pesalah warga Singapura berusia 27 tahun itu dijatuhi hukuman penjara empat tahun sembilan minggu dan tidak boleh mendapatkan lesen memandu bagi semua kelas kenderaan selama lapan tahun.



Ryan mengaku bersalah ke atas 13 tuduhan termasuk menyebabkan kecederaan dengan melakukan perbuatan terburu-buru dan kesalahan berkaitan dadah.



Lagi 23 tuduhan lain dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.



Mahkamah mendengar bahawa Ryan mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah dan sepatutnya menjalani ujian air kencing selepas dia dibebaskan pada 2019.



Pun begitu, dia gagal melaporkan diri beberapa kali sejak Ogos tahun itu. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >