Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pesalah degil lempar najis ke arah polis tambahan dalam lokap

May 28, 2021 | 11:08 PM

PESALAH degil yang ditangkap setelah mencuri barangan berharga daripada sebuah lori membuang air besar ke dalam cawan kertas ketika berada dalam lokap polis sebelum melemparkan cawan itu kepada pegawai polis tambahan.

Pada Jumaat (28 Mei), Sulaiman Abdul Majid Maricar, 34 tahun, mengaku bersalah di atas enam tuduhan menggunakan kekerasan jenayah ke atas pegawai khidmat awam dan mencuri.

Mahkamah diberitahu Sulaiman telah keluar masuk penjara selama beberapa tahun kerana pelbagai kesalahan termasuk mencuri.

Akhbar The Straits Times melaporkan dia kembali melakukan kesalahan lagi pada 6 Oktober tahun lalu sekitar 6 pagi. Dia mencerobohi lori seorang karung guni di tempat meletak kereta Sembawang Crescent.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Benedict Teong berkata Sulaiman berjaya memasuki kenderaan itu kerana mangganya rosak. Dia kemudian mencuri barangan termasuk tiga telefon bimbit dan alat pengecas 'power bank'

Karung guni berusia 44 tahun itu mendapati semua barangan itu hilang dan memberitahu polis mengenai kecurian itu.

Polis menangkapnya pada 13 Oktober dan diletakkan ke dalam lokap di Ibu Pejabat Divisyen Polis Woodlands.

Keesokan harinya, dia diberi makanan dan minuman dalam cawan kertas.

Sulaiman membuang air besar ke dalam cawan itu dan melemparkannya ke arah pegawai polis tambahan berusia 24 tahun yang sedang mengambil sisa makanan daripada individu di dalam tahanan itu.

Kata DPP:

"Mangsa ini meminta penjelasan daripada yang tertuduh tetapi soalannya diabaikan. Mangsa kemudian meninggalkan tempat itu dan melaporkannya kepada pegawai yang menjaganya. Beliau kemudian ke tandas di situ untuk membersihkan dirinya.

Sulaiman dibebaskan dengan ikat jamin keesokan harinya dan meneruskan siri jenayahnya termasuk mencuri motosikal di Marine Crescent pada 21 Oktober.

Dia juga memecah masuk pusat makanan di Tai Seng Avenue berhampiran Upper Paya Lebar Road, dua hari selepas itu.

Sulaiman diberkas lagi pada 24 Oktober dengan pegawai polis menemui kembali motosikal yang dicuri pada hari yang sama.

Pada Jumaat, Hakim Daerah Shaiffudin Saruwan meminta laporan bagi menilai kesesuaian Sulaiman bagi tahanan pencegahan. Di dalam tahanan pencegahan, pesalah berulang kali yang berusia lebih 30 tahun menerima tempoh hukuman penjara yang secukupnya bagi melindungi orang awam.

Peluang dibebaskan sepertiga daripada tempoh hukuman penjara kerana tabiat yang baik tidak diberikan kepadanya seperti kebiasaan buat pesalah lain. Perintah tahanan boleh ambil masa hingga 20 tahun.

Sulaiman akan dihukum 18 Jun ini.

Kerana kekerasan jenayah terhadap pegawai khidmat awam, seorang pesalah boleh dipenjara hingga empat tahun dan didenda.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3