Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesalah seks hadapi tuduhan baru; cabul kanak-kanak prasekolah

Feb 05, 2023 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang mengaku bersalah pada Disember 2022 atas tuduhan mencabul tiga kanak-kanak dan merakam video yang menggambar secara terang-terangan aksi beberapa orang muda lain, kini berdepan tuduhan baru - mencabul seorang kanak-kanak prasekolah di sebuah gereja antara 1993 dan 1995.



Gary Alexander Tan, yang didakwa mencabul pada Jumaat, dikatakan menyasarkan kanak-kanak itu ketika berusia antara empat dan enam tahun.



Identiti kanak-kanak perempuan itu dan butiran tentang gereja itu tidak boleh didedahkan kerana perintah tegahan, atau 'gag order'.



Bapa kepada tiga orang anak dewasa itu telah mengaku mencabul mangsa muda lain dalam prosiding lebih awal - termasuk seorang lelaki dengan autisme dan seorang gadis.



Lelaki berusia 68 tahun itu dijangka dijatuhkan hukuman pada 1 Mac selepas mengaku bersalah pada Disember 2022 atas enam pertuduhan, termasuk beberapa pertuduhan mencabul.



Tan telah mencabul salah seorang mangsanya semasa bermalam di rumah rakannya pada 2006. Semasa wanita itu tidur, dia mencabul kanak-kanak perempuan itu, yang ketika itu berusia antara tiga hingga lima tahun.



Beberapa ketika kemudian, Tan telah bekerja bersama sebuah tadika untuk menawarkan perkhidmatan mengangkut kanak-kanak berkeperluan khas. Dia telah memandu kereta tujuh tempat duduk untuk menyara hidup pada 2009.



Walaupun kontraknya dengan tadika itu tamat pada 2012, beberapa ibu bapa terus menggunakan khidmatnya untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.



Penumpangnya termasuk seorang budak lelaki autisme, yang berumur antara empat dan enam tahun. Tan mendera budak lelaki itu antara 2013 dan 2014.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >