Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesanan WhatsApp tular tentang perubahan protokol rawatan Covid-19 susuli autopsi pesakit tidak benar: MOH

Jun 07, 2021 | 03:02 PM



PESANAN yang tersebar di dalam aplikasi WhatsApp yang mendakwa protokol rawatan Covid-19 berubah menyusuli bedah siasat seorang pesakit koronavirus adalah tidak benar, jelas Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (7 Jun).



Pesanan tersebut silap mendakwa bahawa pihak berkuasa telah mendapati bahawa Covid-19 adalah “bakteria yang terdedah pada sinaran radiasi dan menyebabkan kematian manusia dengan penggumpalan darah”.



MOH turut menyangkal satu lagi dakwaan bahawa ia “dengan segera mengubah” protokol rawatan bagi pesakit Covid-19 di sini dan memberi mereka aspirin sebaliknya.



 



Kenyataan lain dalam pesanan itu yang tidak benar, tambah MOH, termasuk doktor tempatan memanggil penyakit itu “satu perdaya global” dengan ubat antibiotik dan antipenggumpalan darah boleh digunakan bagi merawat penyakit itu.



Pesanan tersebut juga mendakwa saintis tempatan berkata bahawa pengalih udara dan rawatan dalam Unit Jagaan Rapi tidak perlu bagi pesakit Covid-19 dengan pesakit harus mengambil parasetemol atau aspirin sahaja.



MOH menjelaskan pesanan itu mengandungi maklumat yang salah tentang kesan dan punca Covid-19 yang bukannya berpandukan bukti masa kini.



Ia juga menambah bedah siasat yang dikatakan berlaku tidak dilaksanakan.



MOH juga menjelaskan versi awal pesanan yang tular, yang menamakan Russia dan bukannya Singapura, juga didapati tidak benar.



“Kami menggesa orang awam agar tidak menyebar maklumat yang tidak disahkan dengan fakta yang akan mencemaskan orang ramai,” jelas MOH sambil menambah orang awam boleh lungsuri laman MOH bagi keterangan lanjut tentang keadaan Covid-19 ini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >