Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesara buka rumah mudahkan jiran kitar barangan elektronik

Sep 03, 2017 | 05:30 AM



SELAMA empat jam semalam, pesara Encik Tony Choo Sit Ngiat membuka rumahnya di Limau Estet di Tanah Merah kepada jiran tetangganya supaya mereka menyerahkan barangan elektronik dan elektrik bagi dikitar semula.



Hasil usaha menggalak kegiatan mengitar semula sebanyak dua tong dipenuhi dengan pelbagai barangan elektronik yang tidak diguna lagi seperti komputer riba lama, alat mempesar suara dan mesin pencetak.



Inisiatif anjuran Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East itu buat pertama kalinya dilancarkan di sebuah estet perumahan privet semalam.



Fasa ketiga Program Pengitaran Semula Sampah Elektronik itu dianjurkan dengan kerjasama syarikat Panasonic Asia Pacific, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) serta syarikat Cimelia Resource Recovery, Esun International dan Vemac Services.



Mayor CDC South East, Dr Mohamad Maliki Osman, menghadiri majlis pelancaran program itu di rumah Encik Choo semalam.



"Program seperti ini memerlukan kerjasama masyarakat yang sama-sama memiliki projek ini. Tanpa kerjasama mereka, kami tidak dapat meluaskan projek ini supaya dapat mendekati penduduk di estet privet khususnya," ujar Dr Maliki.



Penduduk estet privet sebelum ini tidak mempunyai tempat khas untuk membuang sampah elektronik dan elektrik berdekatan rumah mereka.



Barangan elektronik mengandungi logam berat yang boleh mencemar alam sekitar jika dibuang secara sembarangan.



Oleh itu, Encik Choo bersedia membuka rumahnya bagi program itu.



"Saya hanya melakukan peranan saya untuk menyumbang kepada masyarakat. Mungkin kita boleh lakukan program ini lagi semasa musim Tahun Baru Cina nanti," kata Encik Choo, 65 tahun, yang juga seorang pemimpin akar umbi.



Penduduk yang mengitar semula semalam juga berpeluang menyumbang bagi tujuan amal.



Menerusi program itu, Panasonic berikrar mendermakan bol jimat tenaga kepada keluarga memerlukan.



"Panasonic berharap peluasan program ini akan memudahkan penduduk Kawasan South East mengitar semula sampah elektronik dan elektrik mereka secara bertanggungjawab dan menyumbang kepada penjimatan sumber di Singapura," ujar Ketua Kumpulan Mutu dan Sekitaran Panasonic, Encik Hiroyuki Miyamoto.



Seorang lagi penduduk Limau Estate, Cik Shahnaz Taj Mohd Ibrahim, bukan sahaja mengitar semula beberapa barangan, bahkan menyumbang satu jag teh kepada penduduk yang hadir di rumah Encik Choo semalam.



"Ini memang satu acara yang baik untuk menghimpunkan jiran berbuat amal bersama," ujar Cik Shahnaz, 47 tahun, seorang banker, yang baru berpindah ke estet itu sekitar sebulan lalu.



Kesemuanya, sebanyak dua setengah tong sampah telah dikumpul semalam.



Setiap bulan hingga Februari depan, beberapa tempat mengitar semula akan diadakan di serata Kawasan South East, termasuk di estet HDB dan estet perumahan privet.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >