Pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura hilang daripada radar, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

PESAWAT QZ8501 HILANG

Pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura hilang daripada radar

Dec 28, 2014 | 04:46 PM

Sebuah pesawat penerbangan AirAsia dari Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang hilang komunikasi dengan menara kawalan pagi ini,

Pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 6.17 pagi waktu Indonesia itu hilang daripada pantauan radar.

Pesawat Airbus A320-200 itu membawa 155 penumpang dewasa termasuk tujuh orang anak kapal, 16 kanak-kanak dan seorang bayi.

Adalah difahamkan, seorang penumpang adalah warga Singapura.

Kebanyakan penumpang adalah warga Indonesia, selain warga Korea Selatan, Malaysia dan United Kingdom.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Pengarah Pengangkutan Udara Kementerian Perhubungan Indonesia, Encik Djoko Murjatmojo mengesahkan pesawat tersebut hilang dalam pemantauan radar.

AirAsia Indonesia juga mengesahkan bahawa penerbangan QZ8501 yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura gagal dihubungi oleh pusat kawalan trafik Udara pada 7.24 pagi Ahad.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, syarikat penerbangan tambang murah itu juga mengakui tiada perkembangan terbaharu diperolehi setakat ini.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map