SYARIKAT penerbangan Singapore Airlines (SIA) mendedahkan bahawa pesawat Airbus 380 (A380) barunya akan membawa lebih ramai penumpang ekonomi dan ekonomi premium berbanding sebelum ini.
Namun, ini tidak akan menjejas keselesaan dan kemudahan penumpang, menurut syarikat itu semalam semasa mendedahkan tempat duduk serta produk-produk baru dalam pesawatnya sebagai sebahagian daripada pelaburannya bernilai sekitar AS$850 juta ($1.16 bilion).