Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pesawat buat pendaratan cemas di Bangkok apabila penumpang Singapura meninggal

Jan 13, 2016 | 02:55 PM

SEBUAH pesawat Tigerair dalam penerbangan ke Singapura melakukan pendaratan kecemasan di lapangan terbang Suvarnabhumi di Bangkok pada Selasa (12 Jan), selepas seorang penumpang warga Singapura meninggal dunia dalam penerbangan dari Chiang Mai, menurut laporan tempatan.

Lelaki berusia 58 tahun itu sedang membawa keluarganya yang seramai lima orang pulang dari Chiang Mai bersama isterinya, seorang warga Thailand, dalam Penerbangan PR 2177.

Isteri beliau memberitahu pegawai lapangan terbang Thai bahawa suaminya menghidap penyakit kronik, menurut laporan itu.

Lelaki tersebut jatuh sakit di dalam pesawat, memaksa juruterbang mendapatkan kelulusan bagi pendaratan kecemasan di lapangan terbang Suvarnabhumi untuk bantuan perubatan.

Bagaimanapun, beliau meninggal dunia di dalam pesawat.

Mayatnya kemudian dibawa keluar untuk bedah siasat di Hospital Besar Polis, menurut laporan tersebut.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3