Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesawat dijaga dan dikekalkan dengan baik sepanjang tempoh Covid-19

May 22, 2020 | 04:32 PM



BEBERAPA landasan jalan rayap di Lapangan Terbang Changi kini telah ditukar menjadi tempat letak pesawat, dengan sekitar 143 pesawat yang dimiliki empat syarikat penerbangan tempatan mendarat di sana ketika pandemik Covid-19 berlarutan.



Syarikat penerbangan tersebut adalah Singapore Airlines (SIA), SilkAir, Scoot dan Jetstar Asia.



Oleh kerana lebih banyak kerja penyelengeraan diperlukan untuk menyenggara pesawat ini, seramai 800 pekerja penyelenggaraan diperlukan sepanjang waktu untuk memastikan bahawa pesawat berfungsi dengan baik selepas khidmat penerbangan pulih semula.



Pengarah kanan kumpulan peraturan keselamatan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) , Encik Tan Kah Han memberitahu akhbar The Straits Times: 



“Lebih banyak usaha diperlukan untuk menyenggara pesawat di darat, dibandingkan dengan pesawat yang terbang.”



Seramai 27 pemeriksa CAAS telah dikerahkan untuk memastikan pesawat berada pada standard yang diperlukan dan layak untuk terbang.



Dalam pada itu, pihak pemerintah, Changi Airport Group (CAG) dan syarikat penerbangan juga akan bekerjasama untuk menyenggara lebih dari 60 pesawat yang masih beroperasi.



Dalam jangka waktu antara 13 Mei dan Selasa depan, terdapat sekitar 700 hingga 800 penerbangan kargo, termasuk pesawat penumpang yang hanya membawa kargo, yang dijadualkan terbang masuk dan keluar dari Lapangan Terbang Changi.



Pengarah urusan CAG untuk perancangan operasi lapangan terbang dan udara, Encik Yeo Kia Thye, berkata:



“Dengan situasi Covid-19 sentiasa berkembang, pekerja khidmat penting Lapangan Terbang Changi akan terus menyesuaikan diri dengan cabaran baru untuk memastikan lapangan terbang tetap terbuka dan beroperasi setiap saat.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >