Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesawat Firefly batal darat di Seletar ekoran cuaca buruk

May 01, 2019 | 05:30 AM



HUJAN lebat dan kadar penglihatan kurang baik memaksa juruterbang penerbangan Firefly untuk membatalkan pendaratan di Lapangan Terbang Seletar kelmarin.



Penerbangan FY3132 dari Lapangan Terbang Subang sebaliknya diarah mendarat di Lapangan Terbang Senai di Johor, menurut laporan akhbar The Straits Times (ST).



Lapangan Terbang Seletar tidak mempunyai peralatan prosedur pendekatan dan memerlukan juruterbang bergantung pada penglihatan mereka ketika mendarat.



Mengesahkan peralihan penerbangan tersebut akibat cuaca buruk, jurucakap syarikat penerbangan Malaysia itu berkata:



"Keselamatan menjadi keutamaan kami."



Menurut jurucakap itu lagi, pengangkutan darat telah diaturkan buat 25 penumpang terjejas dalam penerbangan itu.



Sehubungan itu, 35 penumpang yang menunggu di Lapangan Terbang Seletar bagi penerbangan pulang ke Subang telah diletakkan dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS) di Lapangan Terbang Changi.



Changi Airport Group (CAG) dan syarikat pengendalian darat penerbangan itu turut menyediakan bas dari Seletar ke Changi bagi penumpang terjejas, tambah jurucakap Firefly.



Ini masalah operasi pertama yang dialami sejak Firefly membuat pendaratan sulung di Lapangan Terbang Seletar sekitar seminggu lalu - hampir lima bulan selepas perkhidmatannya ke Singapura digantung.



Syarikat penerbangan itu kini mengendalikan enam penerbangan sehari antara lapangan terbang Subang dengan Seletar.



Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke, yang menaiki penerbangan sulung itu pada 21 April lalu, berkata penguasa penerbangan Malaysia dan Singapura bersetuju menggunakan pendekatan berdasarkan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) bagi Lapangan Terbang Seletar dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang.



Dalam sidang media bersama Menteri Pengangkutan Singapura, Encik Khaw Boon Wan, ketika majlis sambutan rasmi itu, Encik Loke berkata usaha akan dilakukan bagi meningkatkan keselamatan penerbangan.



Dalam pada itu, Encik Loke turut melahirkan harapan agar syarikat Firefly dapat berusaha ke arah menggunakan pendekatan tersebut secepat mungkin.



Pendekatan baru berdasarkan GPS itu menggantikan tatacara Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) yang telah ditarik balik Singapura pada awal bulan lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >