KORONAVIRUS
Pesawat Turkish Airlines yang ditahan S'pura berlepas tanpa penumpang
Mar 06, 2020 | 05:30 AM
SEBUAH pesawat Turkish Airlines yang ditahan di Lapangan Terbang Changi malam kelmarin ekoran kes Covid-19, berlepas dari sini pada pukul 2.10 pagi semalam tanpa sebarang penumpang.
The Straits Times (ST) difahamkan bahawa terdapat 200 penumpang terjejas.