Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peserta ‘hackathon’ Kelab Mendaki tangani cabaran yang dihadapi masyarakat

Sep 23, 2018 | 06:41 PM



SERAMAI 62 belia termasuk pelajar dan karyawan muda telah menyertai satu acara ‘hackathon’ selama 30 jam anjuran Kelab Mendaki (Mclub) untuk mencari huraian kepada pelbagai cabaran yang dihadapi masyarakat Melayu/Islam.



Acara yang berlangsung di ACC EduHub di Somerset itu bermula semalam (22 September) dan berakhir hari ini (23 September).



Acara itu juga merupakan sebahagian program Inkubator Kepimpinan 2018 anjuran MClub.



Antara lain, peserta meninjau huraian bagi menangani cabaran seperti dalam bidang keusahawanan, isu sosio-agama, belia dan kesihatan.



Sebagai contoh, sekumpulan pelajar daripada Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur telah bekerjasama dengan Kelab Heal, sebuah badan amal yang menawarkan khidmat pemulihan serta kaunseling kepada mereka yang mengalami penyakit mental.



Mereka menghasilkan filem pendek dengan sentuhan humor tentang seorang lelaki Melayu/Islam yang mengalami masalah selalu bersangka buruk atau paranoia, bagi mendekati golongan muda serta meninjau isu penyakit mental daripada perspektif perubatan berbanding perspektif agama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >