Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peserta cilik tak sabar tunjuk bakat di ChildAid 2019

Nov 13, 2019 | 07:49 PM



SEKUMPULAN penari berusia lapan tahun akan bersaing menari hip-hop dengan sekumpulan penari berusia 15 tahun dalam ‘dance-off’ yang merupakan sebahagian daripada program konsert ChildAid tahun ini.



Konsert amal tahunan itu menyambut ulang tahunnya yang ke-15 tahun ini dengan persembahan yang akan berlangsung Rabu dan Khamis depan di The Esplanade. 



 Salah seorang penari dari kumpulan Danz People, Muhammad Shazlan Roslan, 17 tahun, teruja untuk menyaksikan bagaimana pertandingan menari dan juga kerjasama antara kumpulannya dan kumpulan Stylo Mylo akan berlangsung semasa persembahan itu nanti. 



“Ramai antara kami membuat persembahan pertama semasa ChildAid tahun ini, dan ramai penerima bantuan juga akan membuat persembahan bersama-sama. Memang kami rasa amat bersemangat dan kami tahu persembahan ini memang menarik,” katanya. 



Sepanjang persembahan dua hari itu nanti, ChildAid akan memaparkan 132 peserta, berusia enam hingga 19 tahun dalam pelbagai persembahan termasuk seni mempertahankan diri dan juga persembahan cello. 



Pemuzik tempatan dan penerima Pingat Budaya, Dick Lee, sekali lagi memainkan peranan sebagai pengarah kreatif bagi tahun ketiga berturut-turut dan juga akan membuat kemunculan khas di atas pentas. 



Bertemakan Sing!Play!Dance! , acara tersebut akan dibuka dengan persembahan dari Joseph Xu, enam tahun, yang akan memainkan lagu Invention No.8 oleh Sebastian Bach. 



Katanya: “Saya telah berlatih banyak kali, jadi saya rasa amat teruja.” 



Peserta luar negara juga bakal membuat persembahan semasa acara tersebut. 



Tiga sekumpulan dari Thailand akan mempersembahkan Typewriter, gubahan asli dari penggubah warga Amerika Leroy Anderson. 



Dianjurkan bersama oleh The Straits Times dan The Business Times, konsert tersebut bertujuan untuk mengumpul dana untuk Dana Wang Saku Sekolah The Straits Times serta Dana Artis Baru The Business Times, yang bertujuan untuk membantu pelajar dari keluarga kurang bernasib baik. 



Kiss92FM merupakan stesen radio rasmi ChildAid 2019. Penaja Utama adalah United Overseas Bank dan Citibank Singapore. 



Rakan kongsi lokasi termasuk Pusat Budaya Cina Singapura dan The Pavillion. 



Tiket boleh dibeli dari Sistic pada harga $18 dan $28. Hubungi 6348-5555 atau lungsuri www.sistic.com.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >