Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peserta dialog lahir prihatin, sokong isu ditonjolkan PM

Masagos: Sesi pos-NDR beri belia, pemimpin ruang bagi pandangan dan dapatkan penjelasan isu Melayu/Islam
Sep 12, 2021 | 05:30 AM



DIALOG pasca-Rapat Hari Kebangsaan (NDR) M Kuasa Tiga (M³) adalah peluang untuk merungkai isu yang menjadi keprihatinan masyarakat Melayu/Islam, di samping menyorot kembali perkara penting yang disampaikan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapan beliau.



Ini terutamanya soal keharmonian kaum dan agama, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.



Antara keprihatinan yang dibangkitkan sewaktu dialog terakhir malam kelmarin ialah pelaksanaan dan implikasi dasar membolehkan pekerja penjagaan kesihatan Muslimah memakai tudung bersama uniform mereka, jika mereka mahu.



Turut mendapat perhatian ramai peserta dialog melalui Zoom dan secara fizikal itu ialah usaha membantu pekerja bergaji rendah.



Dialog itu anjuran Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) Persatuan Rakyat (PA).



Encik Masagos berkata selain mengemukakan keprihatinan dan cabaran berkaitan isu seperti pekerjaan dan kemajuan masyarakat, isu yang dibangkitkan peserta turut menggambarkan sokongan mereka bagi topik yang ditonjolkan Encik Lee, sekalipun ada perkara, seperti kaum dan agama, adalah sensitif.



"Kami menggunakan peluang dialog ini juga untuk mengingat kembali pesanan yang disampaikan oleh Encik Lee, terutama dalam hal keharmonian antara kaum dan sedikit sebanyak keharmonian antara agama.



"Hadirin juga menyentuh keprihatinan mereka dan menyokong tentang keadaan keharmonian, masalah bangsa dan agama... dan ini amat penting.



"Di samping itu, mereka menyokong bahawa pendekatan yang kita lakukan dan disampaikan oleh Perdana Menteri tepat pada waktunya dan tepat penempatannya untuk mengekalkan keharmonian antara bangsa dan agama," kata Encik Masagos ketika ditemui media selepas dialog kelmarin.



Beliau turut membuat komen di Facebooknya semalam.



Beliau menyertai empat panelis lain dalam dialog terakhir dalam siri tiga dialog pos-NDR di ibu pejabat PA di Kings George Avenue.



Panelis lain ialah Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad; Mayor Daerah South East, Encik Mohd Fahmi Aliman; Anggota Parlimen Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) dan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang).



Dialog yang disokong Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) itu bertujuan membuka ruang bagi belia dan pemimpin masyarakat memberi pandangan dan maklum balas, serta mendapatkan penjelasan berkaitan isu relevan kepada masyarakat Melayu/Islam.



Ia juga sebahagian usaha Mesra menghubungkan pemerintah dengan masyarakat.



Lebih 500 sukarelawan M³@Bandar dan akar umbi Melayu/Islam, pemimpin agama dan masyarakat, wakil badan Melayu Islam dan juga belia menyertai tiga dialog itu.



Bergerak ke hadapan, Encik Masagos berkata penting bagi masyarakat mara sebagai sebuah masyarakat Melayu/Islam dan sebuah masyarakat Singapura.



Ini dapat dilakukan dengan menitikberatkan rahmah dan sikap baik dan terpuji masyarakat terhadap satu sama lain.



Dalam satu pos Facebook, beliau berkata peserta dialog bersetuju "kita perlu terus berusaha gigih untuk membina kepercayaan dan menggalak persefahaman".




"Kami rata-rata setuju bahawa kita perlu terus berusaha gigih untuk membina kepercayaan dan menggalak persefahaman antara satu sama lain. Dalam hal ini, kita semua memainkan peranan bagi memupuk semangat perpaduan ini. Saya juga berkongsi nasihat asatizah kita yang sentiasa menekankan sifat rahmah dan ihsan terhadap orang lain, tidak kira bangsa atau agama."
- Encik Masagos Zulkifli Mohamad, mengenai dialog pasca-NDR.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >