MENJELANG PERSIDANGAN ANTARABANGSA MENGENAI MASYARAKAT SEPADU (ICCS)
Peserta luar negara akan dibawa kunjungi tempat warisan agama
Presiden Halimah: Peserta adakan perbualan 'lebih mendalam dalam suasana saling hormat-menghormati'
May 29, 2019 | 05:30 AM
SIDANG antarabangsa untuk memupuk pemahaman silang agama yang bakal berlangsung di Singapura bulan depan akan menyediakan peluang bagi peserta luar negara untuk melawat tempat-tempat warisan agama dan budaya di sini.
Demikian menurut Presiden Halimah Yacob yang memberi perkembangan mengenai Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Sepadu (ICCS) yang bakal dianjurkan buat julung-julung kalinya di negara ini pada 19 Jun hingga 21 Jun nanti.