AROMA menyelerakan menyelubungi ruang dapur gedung Harvey Norman di Millenia Walk semalam apabila Cef Mel Dean sibuk memasak tiga jenis makanan.
Seramai 40 peserta cukup terhibur belajar memasak Nasi Liwet Solo, Ayam Panggang Temasek dan Salsa Nanas Thailand daripada personaliti yang cukup bertenaga dan membuat peserta tidak kering gusi.