Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesilat Sheik Farhan terima Anugerah Belia Singapura

Nov 04, 2019 | 05:30 AM



KECEMERLANGANNYA dalam bidang sukan dan semangat serta usaha membentuk generasi atlit Singapura seterusnya memang terserlah.



Untuk itu, pesilat nasional dan juara silat dunia Sheik Farhan Sheik Alau'ddin terpilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Belia Singapura (SYA) tahun ini.



Anjuran Majlis Belia Nasional, SYA merupakan pengiktirafan tertinggi bagi belia.



Ia mengiktiraf kecemerlangan dalam bidang pilihan masing-masing serta sumbangan mereka kepada masyarakat.



Buat kali pertama dalam sejarah 44 tahun SYA, seramai tujuh individu cemerlang diiktiraf, jumlah tertinggi sejauh ini.



Mengongsi perasaan beliau menerima anugerah itu, pesilat negara berusia 22 tahun, berkata:



"Sebenarnya, saya tidak sangka akan terima anugerah ini sebab ia bukan jenis anugerah yang saya selalu menang. Amat terkejut tetapi saya bersyukur."



Sheikh Farhan, yang juga kapten pasukan pencak silat di Persekutuan Silat Singapura (Persisi), diiktiraf atas kesungguhan mencapai kecemerlangan sukan dan sifat memberi dalam memupuk generasi atlit akan datang.



Sejak bertanding di pelbagai kejohanan antarabangsa pada 2015, Sheikh Farhan telah meraih 11 pingat emas dan dua pingat gangsa.



Namun, keunggulan ini hanya menyerlah selepas beliau mengalami kekalahan berturutan di awal penglibatannya dalam sukan itu, kata anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NS) itu, yang bergiat dalam sukan silat sejak berusia tujuh tahun.



Beliau dilatih bapanya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persisi, Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, yang juga merupakan penerima SYA pada 1997.



"Sejak kecil lagi, saya seorang yang suka menang. Saya tak suka kalah," tambahnya.



"Dengan anugerah ini, saya harap akan terus berada di landasan yang tepat dan memperbaiki diri demi mencapai kecemerlangan."



Selain gigih berlatih, Sheikh Farhan juga meluangkan masa menyumbang kembali kepada masyarakat.



Antara sumbangan anak muda itu termasuk melatih dan membimbing atlit muda silat di kelab silat Persatuan Grasio Singapura dan mengajar sukan itu kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di Rumah Tumpangan Kanak-Kanak Jamiyah Darul Ma'wa.



Majlis penyampaian SYA yang diadakan di Dewan Jamuan Istana semalam dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat,



Dalam ucapannya, Encik Heng menekankan lima nilai yang telah dikenal pasti oleh golongan belia yang perlu diterap di Singapura pada masa depan.



Lima nilai bersama yang dapat merealisasikan visi itu adalah sifat inklusif, keadilan, keprihatinan, kemapanan dan kemajuan.



"Saya menggalakkan anda agar memanfaatkan tenaga muda anda untuk hidup, memberi kasih sayang dan membina impian bersama serta berkhidmat kepada masyarakat, untuk memperbaiki kehidupan orang tercinta dan mereka di sekeliling anda. Ini penting kerana anda masa depan Singapura," kata Encik Heng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >