Pesta air pertama Singapura di Hab Sukan minggu depan
Jun 25, 2015 | 05:30 AM
MAHU mencuba sukan kanu atau kayak tetapi tidak pernah berpeluang mencubanya?
Peluang berkanu dan berkayak, bahkan berjinak-jinak dengan pelbagai sukan air lain, akan tersedia secara percuma dalam satu pesta baru di sini dari 3 hingga 5 Julai.