Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesta bayi Shiok di Woodlands 20-21 Julai

Jul 19, 2019 | 04:40 PM



IBU bapa baru dan mereka yang bakal menimang cahaya mata boleh meraih pelbagai pengetahuan daripada satu pesta dua hari di Kelab Masyarakat Woodlands Galaxy yang akan berlangsung esok (20 Julai) dan lusa.



Dinamakan ‘SHIOK Baby Fest’, acara itu akan menampilkan pelbagai kegiatan keluarga serta ibu dan anak.



Antara lain, hadirin boleh belajar tentang urut dan sengkak, bengkung, tuam, bedong bayi dan banyak lagi.



Mereka juga boleh belajar pelbagai cara untuk menyusukan bayi, tip keselamatan bagi bayi dan bagaimana untuk menangani kecemasan perubatan bayi.



Selain itu, acara itu juga menawarkan ibu bapa pusat sehenti untuk menyertai kursus yang relevan di kelab masyarakat di serata negara, mendapatkan pakej makanan semasa berpantang dan pemeriksaan gigi percuma bagi bayi.



Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, serta Anggota Parlimen lain dari GRC Sembawang akan menyertai penduduk di acara itu lusa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >