Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesta Buku Melayu S'pura dilancar

Acara sepanjang dua bulan anjuran Majlis Pusat akan liputi pelbagai aspek sastera Melayu watan
Dec 27, 2021 | 05:30 AM



PESTA Buku Melayu Singapura (PBMS) 2021 telah dilancarkan semalam dan akan berlangsung hingga Februari 2022 nanti.



Bertema Makanan Minda untuk Kesihatan Hari Esok, pesta yang akan berlangsung selama dua bulan itu bermatlamat menarik minat orang ramai membaca buku Melayu.



Antara lain, acara itu memperkenalkan buku-buku yang dihasilkan oleh penulis, penerbit dan pelukis komik setempat.



Acara sepanjang pesta akan meliputi pelbagai aspek sastera Melayu watan seperti bicara cerpen, pembacaan kisah pendek dan permainan kampung di Singapura pada era 60-an.



Pelancaran pesta buku itu telah dianjur oleh Majlis Pusat dan dirasmikan oleh pengerusi Majlis Bahasa Melayu, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim di Taman Warisan Melayu semalam.



Beliau, yang juga Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) berkata:



"Pelestarian warisan persuratan Melayu memerlukan usaha yang tekal.



"Maka cogan kata Pesta Buku Melayu pada tahun ini iaitu Makanan Minda, untuk Kesihatan Hari Esok, amat sesuai sekali kerana amalan membaca merupakan satu amalan yang amat mendasar bagi manusia," ujarnya.



Beliau turut melahirkan kegembiraannya dengan penghasilan buku-buku Melayu yang diterbitkan sepanjang tahun ini secara fizikal ataupun menerusi maya.



Dalam pada itu, Dr Faishal juga berkata kegiatan pengkaryaan dan penyebaran sastera Melayu Singapura memerlukan usaha bersama pelbagai pihak, dan bukan hanya berada di pundak penerbit, penulis dan pertubuhan persuratan.



"Pusat tumpuan masyarakat seperti Taman Warisan Melayu di Kampong Glam dengan kedudukannya di kawasan yang penuh bersejarah ini menjadi lokasi yang sesuai untuk menyemarakkan kegiatan persuratan Melayu.



"Kumpulan akar umbi dengan jangkauan yang luas dalam kalangan penduduk di estet perumahan, dapat membawa sastera Melayu kepada khalayak pembaca yang lebih luas," kata beliau yang juga turut menyebut pentingnya sokongan dan peranan agensi pemerintah seperti Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Majlis Seni Kebangsaan (NAC), Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) dan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) dalam usaha itu.



Pengerusi Pesta Buku Melayu Singapura 2021, Cik Isiah Majid, pula berkata:



"Majlis Pusat berbesar hati dengan penyertaan para penerbit, pengkarya dan pertubuhan-pertubuhan seni dan sukan yang turut serta menunjukkan kerencaman dalam sastera Melayu.



"Kami ingin menggalakkan kesedaran bahawa membaca dan menghasilkan sastera Melayu amat penting bagi kelestarian masyarakat kita, menyuburkan dan mengembangkan minda, budaya dan jati diri. Kami juga berharap masyarakat Singapura akan terus menyokong penulis dan penerbit sastera Melayu."



Empat buku turut dilancarkan di majlis itu. Ia termasuk buku Permainan Anak Kampung, sebuah buku bukan cereka oleh Cik Isiah; buku cereka Hidden in the Ordinary (Tersembunyi dalam Kebiasaan) oleh Hjh Rohani Din; buku sajak Perahu Sudah Dipecahkan Khidir oleh Encik H.B. Johar; dan buku novel Hitam Putih dan Galak oleh Encik Suratman Markasan.



Edisi pertama PBMS dianjurkan pada tahun 2019 sebagai sebahagian daripada program tahunan #BuySInglit, iaitu gerakan yang dipimpin oleh industri penerbitan untuk membawa sastera Singapura lebih dekat kepada khalayak ramai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >